Seni & Sukan 23 Oct, 2020

Good Luck Masya Masyitah! Pentas akhir Yippi Star Quest 2020

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

Masya Masyitah, 20, antara artis yang boleh dikategorikan dalam golongan 'Budak Baru Nak Up' atau ringkasnya BBNU. Namun pelantun lagu ‘Halimunan’ ini tidak sekadar bermimpi apabila berjaya menumpaskan lebih kurang 3,000 peserta dalam talian untuk melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Yippi Star Quest 2020. : KitaReporters


Yippi Star Quest 2020 merupakan pertandingan mencungkil bakat secara dalam talian melalui portal aplikasi Yippi di mana setelah beberapa bulan ia berlangsung, Masya berjaya dipilih sebagai finalis, mewakili Malaysia dan akan menentang peserta dari Filipina, Phem.

Pertandingan akhir tersebut  bakal berlangsung secara dalam talian pada 25 Oktober 2020 pada jam 8.30 malam melalui platform Yippi.



Bekas juara Ceria Popstar 2014 bernama penuh, Siti Nurmasyitah Mohd Yusof ini yang berkebolehan berbicara dalam bahasa Mandarin mampu menambat hati penonton dalam talian apabila beliau menyampaikan beberapa lagu dalam empat bahasa meliputi Melayu, Mandarin, Inggeris dan Indonesia sekali pun apabila dipinta oleh penonton.

Malah, antara faktor lain kejayaannya, beliau berjaya menarik minat dan mampu berinteraksi dengan baik dengan penonton dengan mempamerkan bakatnya, sekali gus menunjukkan kemampuannya bercakap dalam bahasa Mandarin  sewaktu pertandingan bersiaran.



Bukan itu sahaja, perwatakan menarik dan menyenangkan yang ditonjolkan membuatkan penonton daripada pelbagai kaum serata rantau Asia Tenggara  sepakat mengundi beliau sehingga ke penghujungnya kerana percaya bakat yang Masya ada, dan itulah sebab beliau dipilih sebagai juara di antara 3,000 peserta lain untuk mewakili Malaysia.

“Banyak yang telah saya pelajari dan pelbagai pengalaman yang saya peroleh sepanjang berlangsungnya pertandingan ini terutamanya bagaimana hendak membuat penonton online terus berminat dengan persembahan saya. 

“Tiada platform lain sehebat Yippi, saya sangat teruja untuk memberikan yang terbaik dan saya harap peminat saya di luar sana dapat menonton secara online dan terus memberikan sokongan yang padu,” jelas Masya yang baharu sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul ‘Hapus’.

Setekat ini video muzik ‘Hapus’ yang turut menampilkan pelakon muda, Hun Haqeem sudah mampu memikat sejumlah hampir 900.000 tontonan serta lebih 19,000 tanda suka sejak dilancarkan pada pertengahan bulan Julai lalu.



.

Masya dan Jeryl Lee sering diundang  berpadu suara. Kredit pix Instagram @jerylleex.


Menjanjikan satu persembahan yang terbaik pada peringkat akhir, Masya turut mengundang dua rakan seperjuangannya, penyanyi Jeryl Lee  & Ribbon Ooi.

Untuk pengetahuan korang, Jeryl Lee, pernah berduet dengan Masya pada akhir April tahun 2019 lalu melalui lagu “Sahabat Sejati’, sebuah lagu tema filem pendek sempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia berjudul ‘Hadiah Masa’.

Seperti Jeryl Lee, Ribbon Ooi yang berasal dari Butterworth, juga pernah merantau ke China mencuba nasib dalam beberapa pertandingan nyanyian di sana, namun nama beliau mula dikenali  apabila ditawarkan berlakon sebagai penyanyi  dalam filem ‘Kara King’ (2013). 


 

Ribbon Ooi. - Kredit foto: Instagram @ribbonooi.

Mungkinkah dengan penampilan dan gabungan kedua-dua penyanyi itu akan menambahkan lagi kekuatan persembahan Masya di peringkat akhir nanti?

Sama-samalah kita rakyat Malaysia semua mendoakan agar Masya berjaya menaikkan nama Malaysia, sekali gus bergelar Juara Yippi Star Quest 2020. 

Apa pun, oleh kerana sambutan yang luar biasa daripada pengguna aplikasi Yippi, pertandingan akhir Yippi Star Quest 2020 akan dilanjutkan dari 1 jam ke 1 jam 30 minit, manakala keputusan akhir akan dikira dari jam 8 sehingga 10:30 malam apatah lagi kedua-dua finalis pasti memberikan pertarungan sengit waima menyukarkan penonton membuat undian.

Good luck Masya Mashitah! - KitaReporters



0
1
0
0
0
You will be interested