Seni & Sukan 29 Oct, 2020

Salam Maulidur Rasul! Tiada Kata Secantik Bahasa puji Nabi!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

IRAMA dan lagu, tak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan 'pincanglah lagu, rosaklah irama'. Tetapi apabila lagu lama yang pernah dipopularkan oleh Seniman Agung Negara, Tan Sri P. Ramlee, ‘ Tiada Kata Secantik Bahasa’ diberikan nafas baharu, adakah ia satu kepincangan? : KitaReporters



"Tiada kata seindah selawat... Untuk ku puji Baginda."


Lagi cerita-cerita berkaitan Maulidur Rasul:

https://kitareporters.com/search?search=maulidur+rasul


Jawapannya sudah tentu terletak kepada tujuan kenapa ia diperlakukan sedemikian?  

Namun, disebabkan muzik merupakan salah satu cara terbaik untuk berkongsi dan juga menyampaikan dakwah, langkah yang diambil oleh kumpulan nasyid popular Hijjaz perlu disokong.

Mereka membawakan nafas baharu kepada lagu gubahan Tan Sri P. Ramlee, yang liriknya ditulis oleh pengarah dan pelakon veteran, Jamil Sulong itu untuk menyampaikan pesanan positif tentang Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Lagu yang memuji kemuliaan Rasullullah S.A.W itu dinyanyikan semula oleh Hijjaz bersama bintang program Mentor musim ke-7, Pasya serta pasangan penyanyi hip hop yang popular, Kmy Kmo dan Luca Sickta (gambar bawah), yang juga merupakan artis rakaman Universal Music Malaysia.




Versi baharu ‘Tiada Kata Secantik Bahasa 2020’ (TKSB2020) memaparkan lirik nukilan ahli kumpulan Hijjaz, Isman Nadim bersama-sama dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Tentu anda nak tahu kan bagaimana tercetusnya idea memilih lagu Seniman Agung itu untuk diberikan nafas baharu?

“Idea untuk membuat lagu ‘TKSB2020’ ini sebenarnya tercetus kira-kira 2 tahun sudah, apabila Hijjaz berada di Madinah mengerjakan umrah. Ketika itu terdetik hati adakah lagu daripada Tan Sri P. Ramlee kalau diubah kepada selawat Nabi S.A.W., dapatkah peminat menerima dengan kombinasi 3 genre iaitu rock, nasyid dan hip hop,” cerita Isman.

Sambungnya, apabila  pihak Universal Music berjumpa dan berbincang, cadangan tersebut dikemaskan dengan idea-idea yang memberangsangkan. Malah, pihak MonkeyBone pun bersetuju dan menerima baik idea tersebut.

“Dengan gabungan ini kami berharap peminat di luar sana dapat menerima kelainan lagu ini dengan berselawat,” harapan  Isman.



Satu kelainan lain yang pasti menarik perhatian anda untuk menikmati lagu ini sudah tentu kehadiran Naib Juara Mentor musim ke-7, Pasya atau nama sebenarnya Faizul Asyraf  Fauzi (gambar atas), yang sinonim dengan lagu bergenre rock. 

Sudah tentu Pasya melahirkan rasa bangganya dengan kolaborasi berkenaan waima melalui posting dalam laman instagramnya, penyanyi ini  sempat mencatatkan sebaris kata-kata yang berbunyi ‘Tiada Kata Seindah Selawat untuk ku puji Baginda’.






Dan bagi Luca Sickta, katanya, “muzik adalah universal, Tiada yang mustahil kalau kita mencuba sesuatu kelainan. Asalkan mesej yang hendak disampaikan dapat mendapat tempat  di hati semua.”

Terdahulu, Luca Sickta dan Kmy Kmo dikenali dan popular apabila berduet dengan penyanyi tersohor negara, Dato Seri Siti Nurhaliza dengan lagu ciptaan Luca, ‘7 Nasihat’ yang menjadi single keempat untuk album ke-19 Siti, ‘ManifestaSITI2020’ yang dikeluarkan pada 3 Julai 2020 lalu.

Apa pun, lagu “Tiada Kata Secantik Bahasa’ versi terbahru terbitan Universal Music Malaysia ini sudah boleh didapati dalam platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer. Manakala video muzik rasminya boleh dilayari dalam saluran YouTube Universal Music Malaysia. 

Dan sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, Khamis 29 Oktober 2020, marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. sambil mendengar lagu 'Tiada Kata Secantik Bahasa' dalam norma baharu ini ya.

Salam Maulidur Rasul! - KitaReporters


3
0
0
0
0
You will be interested