Seni & Sukan 05 May, 2020

Bikin parodi Bollywood! Zulin Aziz ditawar filem Kollywood?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan pelakon dan penyanyi, Zulin Aziz dalam media sosial, pasti tahu betapa lucu dan berbakatnya dia dalam menghasilkan video parodi. Malah Zulin terkenal dengan kepandaiannya mengajuk dalam pelbagai bahasa seperti Mandarin, Tamil, Tagalog dan Korea. : KitaReporters


@zulinaziz : nak versi apa habaq mai🤣 nk tgk video2 saya boleh layan kt youtube


Walaupun bahasa yang digunakan itu tidak betul, tetapi ia sangat mirip pada bahasa asal sehingga menghiburkan orang ramai. 

Menggunakan media sosial sebagai platform menghiburkan peminat-peminat, aksi Zulin sentiasa dinanti-nantikan. Ada sahaja idea lucunya.

Baru-baru ini, Zulin galak membuat parodi filem Bollywood

Mengunakan beberapa hero ‘Hindustan’ pujaan seperti Arjun Rampal dan Salman Khan, Zulin bijak menjelmakan pelbagai watak sampingan.

@zulinaziz : Dia bersubahattttt rupanya!!!! Tok kiah dgn arjun ni nak kene ni. Takde mood nak masak sahur!!😤


Namun tidak disangka, kreativitinya itu menarik perhatian penerbit filem Tamil. Itulah berita yang agak mengejutkan yang dikongsi oleh Zulin dalam media sosialnya.

Menurut Zulin, melalui pengurusnya, Ayra Nasir dia menerima tawaran berlakon di dalam filem Tamil yang lebih dikenali sebagai Kollywood.

“Punyalah aku buat video dengan pelakon Hindustan, sekali dapat offer filem Tamil. 

"Lepas ni nak parodi Chandramukhi laa hehe. Ada peluang tak jumpa Rajnikanth?” tulisnya.


Rata-rata peminat memberi sokngan kepada Zulin untuk menerima tawaran tersebut.

“Go for it, please!!!!! Sis. Aishwarya, Shah Rukh pun berlakon Tamil gak,” ujar salah seorang netizen.

Peminat memberi sokongan kepada Zulin untuk menyahut peluang berlakon dalam filem Kollywood.


Benar seperti yang dikatakan peminat. 

Sama ada Kollywood atau Bollywood, ia sama hebat sementelah memberi peluang untuk Zulin melebarkan sayap ke luar negara.

Tak sangka, bakat Zulin dipandang oleh orang luar. 

Kalau benarlah tawaran tersebut, tak sabar nak tengok Zulin beraksi dalam filem Kollywood bersama hero-hero pujaan! - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested