“DEK kerana idea kreatif daripada cucu-cucunya yang tidak mahu datuk dan nenek mereka kebosanan sepanjang mengendalikan kedai dobi, sepasang suami isteri warga emas disuruh menjadi model pakaian terpakai. Warga emas Taiwan berusia 80 tahun itu berjaya mencuri perhatian netizen apabila memuat naik aksi mencuit hati mereka yang menggayakan pakaian terpakai di kedai dobi miliknya. : KitaReporters
Ini adalah potret Wanji dan Xiue, pasangan sudah berusia lebih dari 80 tahun yang menarik perhatian.- Kredit foto: IG @wantshowasyoun
Mereka adalah Wanji yang berusia 83 tahun dan isterinya, Xiue, 84 tahun.
Kini mereka lebih gembira kerana dapat mengisi masa lapang sambil menguruskan perniagaan kedai cuci pakaian bernama Wanxiu Laundry, di Taiwan.
Berdasarkan laporan portal Liputan6.Com, dalam menguruskan kedai dobi itu, mereka berdua juga ada mengumpul pakaian yang tidak dituntut oleh pelanggan.
Pakaian-pakaian itu telah dikumpul lebih kurang 10 tahun sejak kedai dobi itu dibuka.
Mereka berharap agar semua orang tahu bahawa usia bukan halangan untuk tampil bergaya. Malah pakaian lama masih boleh berubah menjadi pakaian yang bergaya.
Sementara itu, foto-foto aksi peragaan pasangan itu dikongsi oleh cucu-cucu mereka dalam laman Instagram @wantshowasyoung, sekali gus telah mencuri perhatian netizen yang menyokong hasil kerja tersebut. Pasangan berusia 80 tahun ini memakai pakaian lama yang berjaya mencuri perhatian netizen.
Rata-rata netizen melihat pasangan tua itu kelihatan begitu secocok dan harmoni bersama.
Dengan itu, ternyata pakaian yang masih cantik digayakan itu mengubah penampilan datuk dan nenek ini. Mereka kelihatan lebih bergaya.
Oleh itu, hasil daripada idea ini menjadikan Wanji dan Xiue lebih bersemangat menguruskan perniagaan mereka.
Tambahan pula fesyen yang digayakan itu boleh juga menjadi inspirasi buat anak-anak muda.
Hasil muat naik dalam laman Instagram, akaun pasangan itu sudah mempunyai lebih daripada 70,000 pengikut. - KitaReporters
Pasangan Taiwan ini berkongsi gambar mereka menggunakan pakaian dobi yang tidak diambil oleh pelanggan mereka lagi.