Seni & Sukan 26 Jul, 2020

Tak puas tengok kat kaca TV kan? Jom tengok kat layar besar

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

BILA kerajaan mengumumkan pawagam boleh beroperasi pada 1 Julai 2020 lalu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kaki wayang adalah golongan yang paling seronok. Bagi mereka menonton di layar lebar lebih rasa puas, berbanding skrin televisyen. Sebagai tanda sokongan penuh kepada pihak pawagam, Astro Shaw mengambil satu lagi langkah inisiatif dengan membawakan filem-filem hebat ke pawagam. : KitaReporters

Lepas disiarkan di televisyen, kini Syif Malam Raya ditayangkan di pawagam pula.


Lagi cerita mengenai Astro First :

https://kitareporters.com/search?search=astro+first


Usaha ini juga secara tidak langsung diharap dapat membantu industri filem tanah air untuk terus bergerak secara aktif dalam berdepan dengan kemerosotan industri pawagam di Malaysia atas kesan daripada pandemik Covid-19.  

Menariknya, kali ini Astro Shaw memperkenalkan buat pertama kali dalam sejarah industri filem tempatan dengan membawakan filem-filem hebat yang pernah ditayangkan di Astro First semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, kini ke pawagam

Ada Apa Dengan Dosa yang sarat dengan mesej juga ditayangkan di pawagam pada 10 September 2020 nanti.


Langkah strategik ini akan dimulakan dengan penayangan filem terkini iaitu Syif Malam Raya pada 30 Julai 2020, diikuti dengan Ada Apa Dengan Dosa bermula 10 September dan Town Mall pada 1 Oktober.

Ketiga-tiga filem telah melakar kejayaan tersendiri di Astro First. 

Seiring dengan rangka pemasaran yang kreatif, Syif Malam Raya berjaya meraih RM3 juta dalam hanya tempoh 10 hari dan itu adalah satu pencapaian luar biasa bagi platform Astro First.

Lanjutan daripada kerjasama sebelumnya, pihak penerbit masih meletakkan kepercayaan kepada Astro Shaw untuk menjadi pengedar bagi aktiviti edaran di pawagam pula. 

Town Mall, cerita seram yang bakal temui penonton di pawagam pada 1 Oktober 2020.


Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, apabila pihak kerajaan membenarkan pawagam kembali beroperasi bermula 1 Julai 2020 lalu, ia merupakan satu perkhabaran gembira.

“Sebagai tanda sokongan Astro kepada pawagam, kami bawakan khas tiga buah filem hebat untuk ditayangkan di layar besar. 

"Ketiga-tiga filem berbeza genre ini telah mencetus fenomena apabila berjaya mengungguli kutipan tinggi di Carta Astro First.

“Kami yakin pasti ramai yang turut ingin menikmati keseronokan rasa seram komedi Syif Malam Raya, babak menyayat hati anak luar nikah dalam Ada Apa Dengan Dosa dan keseraman yang diinspirasi daripada kisah benar, Town Mall di layar besar.

“Selaras dengan itu, kami ingin beri peluang buat penonton untuk merasai perspektif dan pengalaman sinematik yang berbeza di panggung wayang. 

"Kami mengharapkan inisiatif ini dapat merancakkan kembali industri perfileman tempatan, sekali gus membantu menjana ekonomi negara,” katanya.

Raja Jastina harap usaha Astro Shaw dapat membantu penerbit tempatan.


Dalam pada itu, Raja Jastina berkata, pihak Astro Shaw sentiasa membuka ruang dan bersedia untuk bekerjasama dengan lebih ramai penerbit-penerbit di luar sana untuk membawa karya mereka dipersembahkan kepada penonton sasaran.

Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid berkata, pihaknya menyambut baik dan menyokong usaha Astro dalam membantu penjanaan semula industri perfileman dan pawagam.

"Sudah menjadi tanggungjawab FINAS dalam membantu penggiat seni dan pawagam yang terjejas dalam tempoh pasca-Covid -19 ini. 

"Apabila pihak Astro mengemukakan langkah proaktif ini, pastinya kami menyambut dengan rasa berbesar hati untuk sama-sama merancakkan semula ekonomi filem tanah air.

“Idea dan konsep yang diperkenalkan oleh Astro ini adalah sesuatu yang baharu dan bagus buat industri. Jadi, pihak kami memainkan peranan dengan menyokong dalam perlaksanaannya,” jelasnya.

Syif Malam Raya yang penuh dengan komedi pasti menghiburkan penonton.


Beliau juga berharap inisiatif ini bukan sahaja dapat membantu penerbit filem dan pihak pawagam, malah menjadi motivasi kepada penerbit filem tempatan untuk terus menghasilkan lebih banyak filem berkualiti, meskipun dalam keadaan norma baharu sekarang ini. 

Buat penonton yang ingin merasai perbezaan sinematik di pawagam, jangan lepaskan peluang untuk membeli tiket anda di pawagam berhampiran anda.

Dalam keterujaan untuk menonton di pawagam, Astro Shaw juga ingin mengingatkan kepada penonton agar sentiasa meningkatkan komitmen dalam aspek kawalan kendiri serta pematuhan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. - KitaReporters

Ada Apa Dengan Dosa, sesuai ditonton oleh semua peringkat usia kerana ia penuh dengan pengajaran.

3
0
0
0
0
You will be interested