Wanita yang dipeluk dua lelaki di sebuah restoran di Setiu ditahan oleh pihak berkuasa
PELAYAN wanita berpakaian ketat yang dipeluk oleh dua lelaki dan yang dikatakan berkelakuan tidak senonoh ketika melayan pelanggan di sebuah restoran di Kampung Saujana, Setiu, Terengganu, akhirnya ditahan oleh pihak berkuasa.
Wanita berstatus “janda” itu ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ketika pihak berkuasa menyerbu restoran itu pada Selasa, 5 Julai 2022.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelayan
Tangkap layar dua lelaki memeluk pinggan dan bahu pelayan wanita di sebuah restoran
Kejadian yang memalukan itu tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu yang memperlihatkan wanita tersebut dipeluk oleh dua lelaki yang berada dalam restoran tersebut sambil aksi berkenaan dirakam oleh netizen.
Kemunculan video berdurasi 34 saat yang tersebar luas itu menimbulkan kemarahan orang ramai terutama netizen kerana menganggapkan perbuatan itu tidak sopan dan memalukan penduduk Negeri Terengganu yang digelar “Darul Iman”.
Susulan itu orang ramai kecewa kerana pihak berkuasa negeri tidak mengambil sebarang tindakan dan hanya bertindak selepas ia tular.
.
M Rozi Bidin
Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin ketika mengesahkan isu tersebut berkata, wanita terbabit sudah ditangkap di premis miliknya dalam satu operasi bersama pihak polis serta Majlis Daerah Setiu (MDS) pada 5 Julai 2022.
Katanya,
pihaknya mengesyorkan kes terbabit dirujuk mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah (Takzir) Terengganu 2001.
“Keterangan telah direkodkan, beberapa saksi termasuk saksi tambahan akan turut dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya.
Restoran milik wanita yang ditahan dikatakan menjadi tumpuan geng Mat Motor
Menurutnya, sebaik siasatan lengkap, kertas siasatan akan dihantar ke bahagian pendakwaan syarie untuk didakwa di bawah mana-mana seksyen.
Beliau berkata, pelaku terbabit sebenarnya sudah dipanggil ke pejabat JHEAT untuk diambil tindakan dan diberi nasihat oleh pihaknya sebelum ini.
“Restoran tersebut memang dalam pemantauan kita sebelum ia tular lagi,” katanya.
Seorang pelanggan memerhati gerak geri pelayan wanita di restoran miliknya
Menurutnya, tindakan pun sudah diambil dan ketika itu pelaku berjanji tidak mengulangi perbuatan tidak senonoh, namun kali ini ia berlaku kembali.
Beliau berharap agar orang ramai terus menjaga tatasusila supaya selari dengan ajaran agama Islam.
“Jangan melakukan perbuatan yang tidak bermoral dan jika ada maklumat tentang aktiviti tidak bermoral, sila laporkan kepada kami,” tegasnya. - KitaReporters
Aksi meraba seorang pelanggan dengan wanita pelayan turut tular dalam media sosial