Seni & Sukan 04 Jul, 2022

Indahnya Pengorbanan! TV2 tampilkan 11 program menarik sepanjang 4 hari! Raikan Raya Aidiladha!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


Tinggal beberapa hari sahaja lagi, seluruh umat Islam akan menyambut kehadiran Hari Raya Haji atau Aidiladha.

Selain kita mendoakan pelaksaaan ke semua jemaah haji yang telah sampai seru untuk menunaikan  haji ke Mekah dengan memperoleh haji mabrur, tidak lupa juga pada hari yang sama berlangsungnya upacara ibadah korban iaitu penyembelihan haiwan ternakan selepas selesainya solat Hari Raya Korban.

Namun kepada yang ‘bercuti’ dan meraikan Hari Raya Haji di rumah sambil melayan tetamu yang hadir, bolehlah menyembut Salam Aidiladha dizahirkan Radio Teleisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 dengan 11 program terbaik bersiaran empat hari berturut-turut mulai 9 Julai hingga 12 Julai 2022 depan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan stesen TV RTM


Mengangkat tema ‘Indahnya Pengorbanan’, penonton berpeluang membuat pilihan program yang disiarkan mengikut cita rasa mereka sendiri merangkumi telemovie, hiburan, bual bicara dan filem pelbagai genre.

Hiburan Khas Aidiladha terbitan Unit Hiburan TV RTM membawakan  program diberi tajuk “Nur El Adha”  pada 9 Julai 2022, 9.30 malam yang menyajikan hiburan muzikal santai diselangi dengan perkongsian ilmu daripada Ustaz Abdullah Khairi tentang makna dan konsep pengorbanan dalam Ibadah. 

Nur El Adha’ menampilkan pengacara Amin Idris dan Fiza Saad serta artis-artis terkenal tanah air seperti Black Hanifah, Wany Hasrita, Afieq Shazwan, Pasya, Wani Kayrie, Wani Syaz serta penampilan istimewa bekas atlet dan ratu boling kebangsaan Syaidatul Afifah.

Bagi yang meminati persembahan lagu-lagu bergenre nasyid, world music dan puisi ketuhanan boleh berhibur dengan tiga konsert daripada kumpulan nasyid terkenal tanah air, bermula dengan “Konsert Minggu Ini Mirwana” (10 Julai 2022, 8.30 pagi), membawakan duo Heliza Helmi dan Hazwani Helmi; “Konsert Minggu Ini Nazrey X Hijjaz” (11 Julai 2022, 8.30 pagi) dan "Konsert Minggu Ini In Team” (12 Julai 2022, 8.30 pagi) menampilkan artis undangan Achey.


Telemovie 'Hidayah Bukan Milik Kita' lakonan Wafariena Roslan bersiaran 10 Julai, 1 tengah hari.


Edisi khas Aidiladha program “Tapau Show #kasiviral” bersiaran secara langsung pada 10 Julai, pukul 11.00 pagi mengetengahkan tajuk ‘level up’, 

Program satu jam dihoskan Afieq Shazwan dan Nen Tebabo berkenaan mengupas topik dakwah cyber dan pengorbanan bersama personaliti undangan khas seperti Ustza Rahmat, Johan As’ari, Idris Shamsuddin, Sky Kyoji dan Ijoy.

Antara yang ditunggu-tunggu pastinya tayangan telemovie khas bertajuk “Hidayah Bukan Milik Kita” (10 Julai 2022,1.00 tengah hari), “Sebelum Pulang” (11 Julai 2022, 3.00 petang) dan “Rock Sampai Jannah” (12 Julai 2022, pukul 9.00 malam).

Telemovie “Hidayah Bukan Milik Kita” mengetengahkan kisah tiga orang perompak tersalah merompak sebuah rumah Imam dan Mutawwif yang akhirnya membawa mereka mendekati agama. Ia membariskan lakonan mantap Joey Daud, Khairil Ridzuan, Mohamad Zulhelmi, Mubarak Majid, dan Wafariena Roslan



Tidak kurang menariknya telemovie “Sebelum Pulang”, sebuah drama yang mengisahkan liku-liku kehidupan yang dilalui oleh seorang anak yang tidak disukai ayah dan saudaranya kerana beranggapan dia membawa nasib malang.  

Walaupun berbagai tohmahan dan penghinaan dilempar kepadanya dia tetap bersabar, berusaha  dan sanggup berkorbanuntuk berbakti kepada kedua orang tuanya. 

Namun, dia akhirnya meninggal dunia setelah berjaya menghantar kedua-dua ayah dan ibu nya menunaikan haji di Mekah. 

Drama ini dibintangi pelakon Nad Zainal, Jalaludin Hassan, Wan Maimunah Aziz, Amyza Adnan, Emilia Hanif, Kamal Rezuan, dan Ayu Ayuni


Salah sebuah babak dalam 'Rock Sampai Jannah'.


Dalam pada itu, dengan tajuk santai “Rock Sampai Jannah”, TV2 mengajak penonton berkongsi lakonan Afieq Syazwan Ayie Elham, Sharul Kamal, Haridz Suhaile, Zuhairi Ibrahim, dan Rosnah Johari tentang kisah empat rakan karib semenjak di sekolah menengah lagi.  

Mereka sering menghabiskan masa bersama-sama berfantasi untuk menubuhkan sebuah kumpulam rock yang hebat sehingga bertekad  meniggalkan taman perumahan mereka untuk menyertai sebuah pertandingan nasyid. 

Segala-galanya dilakukan demi mengejar cita-cita sebagai kugiran rock terhebat Malaysia.

Sementara itu, bagi penggemar filem pula nantikan tayangan “Bikeman 2” (9 Julai 2022, 11.00 malam), “Ka Pae Ranasingam” (10 Julai 2022, 9.00 malam) dan “Yeh Saali Aashiqui” (11 Julai 2022, bersiaran 9.00 malam). 

Apa pun. bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, kerana sebuk dengan urusan di luar  anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile setelah berjaya memuat turutn aplikasinya di Google Play dan App Store. - KitaReporters


15
8
0
14
0
You will be interested