Seni & Sukan 08 Jul, 2022

Kami bantah! MFL pinda baki jadual perlawanan Liga Malaysia! Namun penyokong, pasukan tak setuju!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


MALAYSIA Football League atau Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah melakukan sedikit perubahan mengenai baki jadual perlawanan Liga Malaysia bagi memastikan kesemua pasukan dapat bermain lebih adil pada waktu yang telah ditetapkan

Menurut MFL, mereka terpaksa menyusun kembali kerana pasukan dari Malaysia seperti JDT akan bermain dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) manakala Kuala Lumpur City dan Kedah Darul Aman pula akan bermain di saingan Piala AFC. 

Perubahan jadual ini untuk memastikan pasukan kebangsaan dapat mengumpul kesemua pemain terbaik selain ia juga bagi memastikan perjalanan Liga Super dan Piala FA berjalan dengan teratur.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan bola sepak 



Namum begitu, perubahan jadual dari MFL ini juga telah mencetuskan kurang senang daripada pelbagai pihak terutama penyokong-penyokong sejati setiap pasukan. 

Ada yang sudah beli tiket perlawanan namum bila mana jadual berubah, ia telah memberi kesan kepada mereka terutama dari segi kewangan

Jika MFL memberi refund (pemulangan wang) semula kepada penyokong, ia satu tindakan terpuji namun jika tidak sudah pasti satu kesengsaraan untuk mereka. 

Yang pasti perubahan jadual ini telah memberi kesan dari segi kewangan kepada semua pihak termasuk pasukan yang bertanding dan para penyokong

Apa yang kita harapkan moga Liga Malaysia dapat diselesaikan dengan baik tanpa memberi kesan buruk kepada mana-mana pihak. - KitaReporters




16
5
0
11
0
You will be interested