Seni & Sukan 07 Jul, 2020

Meriah boh!! Sanding di pejabat! Kerusi, meja jadi saksi!!

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this

MELAYARI bahtera perkahwinan adalah sesuatu yang tersangat dinanti-nantikan dan mengujakan. Harus diingat menempuhi bahtera perkahwinan bukanlah sesuatu yang menyenangkan, terdapat 1001 pancaroba dan rasa harus ditempoh sehari-hari. Namun berkahwin di pejabat juga adalah sesuatu yang menyeronokkan dan jarang-jarang jumpa tau. : KitaReporters


Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan, ramai pasangan yang ingin berkahwin berasa kecewa kerana persiapan yang terpaksa dibatalkan.

Dan semasa PKP Pemulihan (PKPP) ini pula, Jika dahulu majlis kahwin boleh dianjurkan secara meriah dengan kehadiran ribuan jemputan, namun sejak norma baharu yang diwartakan ini, majlis perkahwinan haruslah dibuat secara ala kadar dan wajib mematuhi SOP.

Kehadiran jemputan yang ramai tidak lagi dibenarkan seperti dahulu, malah pasangan dan ahli keluarganya boleh disabitkan dengan kesalahan melanggari syarat patuh perkahwinan semasa waktu darurat ini jika ia ingkar dan masih berlaku.

Mahu begitu ke??

Kredit foto: FB @Norzaifitri Zainal


Mempelai yang melakukan persediaan untuk dinikahkan dan bersanding dalam pejabat agama


Walaupun kita kini berada dalam keadaan PKPP, harus diingat bahawa kita belum lagi menang menentang COVID-19 ini, maka pengawasan haruslah terus dijaga dengan rapi dan teliti selalu.

Ya! Mungkin ada sesetengah pasangan yang mahu bersanding di atas pelamin dengan aktiviti menabur beras dan air mawar.

Kita mungkin akan berasa ia sesuatu yang mustahil jika dapat bersanding ketika musim PKPP ini, tapi ketahuilah di pejabat agama sendiri turut disediakan pelamin persandingan bagi mempelai yang tidak mahu ketinggalan duduk berdua di kerusi mahligai raja sehari.

Kalau sesetengah mempelai memilih tarikh yang 'ong' dan 'cantik' untuk dijadikan kenangan, persandingan di pejabat agama  juga boleh dijadikan kenang-kenangan padu kepada mempelai yang ingin berkahwin.


Bersanding bertemankan kerusi, meja dan komputer adalah sebuah kenangan yang begitu luar biasa


Rarekan??

Umumnya mengetahui pejabat agama adalah sebuah lokasi yang khususnya berkaitan mendaftarkan perkahwinan dan mengabsahkan akad perkahwinan kita, tapi menjadi sesuatu yang jarang berlaku apabila perkahwinan kita bertemankan kerusi, meja, komputer pejabat di sekeliling kita.

Tidak ubah seperti berkahwin di tempat kita bekerja, menariknya di sebalik kesesakan kerusi, meja dan barangan pejabat, terselit sudut kecil di mana terletaknya pelamin perkahwinan yang menjadi gerbang baharu ke alam kehidupan berpasangan.

Tarikh yang cantik dan berkenan dek hati boleh juga dipilih tetapi haruslah dalam keadaan hari orang tidak bekerja, Sabtu atau Ahad bagi memudahkan urusan persediaan pelamin.

Kredit foto IG @pejabatagamaklang


Kalau dahulu kos menyediakan atau menyiapkan pelamin sekitar RM5,000 hingga RM10,000, tetapi dengan persandingan di pejabat agama sewaktu tempoh PKPP ini, ia berkurangan menjadi angka sekitar RM1,000 sahaja.

Apa yang dimahukan lagi, kahwinlah!! Kos telah menjadi murah!! Di pejabat pun di pejabatlah!! Tetap seronok wei!! Bertemankan kerusi, meja dan komputer!!.

Penyediaan pelamin di pejabat agama bukan sesuatu yang kuno atau tidak masuk di akal, alternatif sebegitu dapat merancakkan lagi suasana kedua-dua pihak untuk menyambut kedatangan orang baharu dalam keluarga. 

Hah! Sebelum terlupa, kejadian berlaku di negeri Terengganu di sebuah pejabat agama yang berlaku di daerah Kuala Terengganu. 

Tahniah orang ganu!! Sokmo kemah boh!! #amazingterengganu. - KitaReporters

3
3
1
3
1
You will be interested