Seni & Sukan 15 Jan, 2022

Tuah buat pasukan basikal TSG! Tajaan RM9.3j! Penjenamaan semula! Terengganu Polygon Cycling Team!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


SUKAN berbasikal di Terengganu terus terserlah apabila semakin ramai rakyat negeri itu menyertai pelbagai aktiviti kayuhan basikal, malah banyak kelab basikal yang dahulu mati tidak berkubur tetapi kini muncul kembali dalam arus perdana.

Pasukan berbasikal Terengganu, Terengganu Cycling Team (TSG) antara yang beruntung apabila mendapat tajaan berjumlah RM9.3 juta dari pelbagai penaja untuk membantu pasukan berkenaan terus maju dalam merangka aktiviti bagi tempoh 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan basikal


 Wan Sukairi Wan Abdullah (empat dari kiri) bersama barisan penaja. 


TSG yang ditubuhkan pada 2011 kini dijenamakan semula sebagai Terengganu Polygon Cycling Team (TSG).

Polygon sebuah jenama pengeluar basikal milik PT Insera Sena yang beroperasi di Jawa Timur, Indonesia, muncul penaja utama TSG bersama Shimano (Singapore) Pte Ltd dan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. serta penaja lain atas jenama pasukan.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood berkata, Polygon turut memberi penanda aras baharu bagi pasukan berbasikal profesional negeri Terengganu itu.


Wan Sukairi (dua dari kiri) menerima replika penajaan daripada salah seorang wakil penaja.


Majlis pelancaran penjenamaan semula TSG kepada nama baharu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah di sebuah hotel di Terengganu pada Rabu, 12 Januari  2022.

Kesediaan lebih banyak penajaan menjadi suntikan semangat kepada TSG untuk memburu lebih lagi kejayaan dalam memastikan kedudukan UCI Asia Tour kekal bagi tahun 2022.

Bagi permulaan tahun 2022, TSG memperkenalkan dua pelumba baharu iaitu Jamal Hibatullah dari Indonesia dan Anatolii Budiak (Ukraine) yang menggantikan Artem Ovechkin (Rusia).

TSG yang kini telah sedekad usia sejak penubuhan pada 2011 meletakkan sasaran musim ini untuk terus mengekalkan kejuaraan Jelajah Asia (UCI Asia Tour) buat kali kedua setelah bergelar juara pada musim lalu.

Sasaran itu sekali gus memperbaiki tangga kedudukan dunia untu meletakkan pasukan dari Pantai Timur ini  sebagai tiga pasukan terbaik benua Jelajah Dunia (UCI World Tour).


Wan Sukairi Wan Abdullah


Wan Sukairi mengucapkan tahniah kepada pengurusan Terengganu Polygon Cycling Team, para penaja pasukan dan pelumba atas kejayaan yang telah dicapai sepanjang 2021 dengan berjaya memperolehi 27 podium daripada 17 kejohanan yang disertai.

“Kejayaan  tersebut pastinya merupakan satu tanda yang baik dalam mengharumkan Negeri Terengganu di peringkat negara dan antarabangsa,” katanya.

Katanya, Kerajaan Terengganu sentiasa komited dalam memberi sokongan bagi pembangunan sukan berbasikal di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam perbentangan bajet belanjawan sebelum ini telah mengumumkan sejumlah RM920,000 untuk pelaksanaan Program “Negeri Kayuhan Basikal” (Gateh) pada peringkat negeri Terengganu.-KitaReporters


 



 

 

19
15
1
11
0
You will be interested