Seni & Sukan 06 Apr, 2020

SYABAS BUDAK USM!! 10,000 FACESHIELDHEROES!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

KETIKA ini, bukan sahaja dunia terkesan dengan wabak COVID-19, malah Malaysia juga turut terkena tempiasnya. Bagi memastikan keadaan terkawal, petugas barisan hadapan (frontliners) di seluruh Malaysia sedang bekerja keras bagi memastikan COVID-19 dapat diatasi, sekali gus memulihkan kembali keadaan seperti sedia kala. : KitaReporters

Sebahagian sukarelawan yang terlibat dalam projek menghasilkan 'FaceshieldHEROES' di USM Pulau Pinang. - Kredit gambar-gambar kepada Universiti Sains Malaysia. 


Namun begitu, setakat Ahad, 5 April 2020, jumlah kes baharu dicatatkan adalah 179 menjadikan kes keseluruhan sebanyak 3,662 dengan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 61 orang. 

Kes sembuh pula sebanyak 1,005 orang, sementara 2,596 kes masih dirawat. 

Oleh yang demikian, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Belia Harmoni Timur Laut dan Pertubuhan Gema Pulau Pinang melibatkan 110 orang sukarelawan telah berjaya menghasilkan 10,000 pelindung muka yang bakal diberikan kepada petugas barisan hadapan sekitar Kedah, Pulau Pinang dan Perak

Hal ini sudah pasti satu usaha baik bagi membantu meringankan petugas barisan hadapan yang ketika ini yang sedang berusah bersungguh-sungguh 'melawan' covid-19 dan sangat memerlukan sokongan serta bantuan dari masyarakat. 

Apatah lagi usaha ini melibatkan para mahasiswa USM itu sendiri secara langsung.

Mahasiswa dari pelbagai bangsa bersama-sama menyediakan 'FaceshieldHEROES' ini sejajar dengan kata-kata bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. 

Ini sudah pasti dilihat sebagai satu langkah positif bagi membentuk keharmonian kaum dalam kalangan para sukarelawan. 



Sementara itu, menurut Naib Yang Dipertua II (MPP) USM merangkap Pengarah Projek FaceshieldHEROES, Ahmad Naim Mohamed Salleh berkata, melalui kerjasama 3 persatuan ini, sedikit sebanyak mereka dapat memberi sumbangan kepada negara yang ketika sedang menghadapi krisis mencabar dan boleh mendatangkan kesan tidak baik jika gagal diatasi dengan baik. 

"Usah ditanya apa jasa negara pada anda, tetapi tanyalah apa jasamu pada negara. 

"Maka, pada saat negara berhadapan dengan wabak Covid-19, inilah masanya untuk kita menyumbang bakti pada saat negara memerlukan," katanya. - KitaReporters  

Ahmad Naim Mohamed Salleh turut terlibat membantu menghasilkan FaceshieldHEROES bersama sukarelawan yang lain. 



3
0
0
0
0
You will be interested