Seni & Sukan 13 Apr, 2020

RAKAM SENYUM! KONGSI DENGAN HAEL HUSAINI

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

“Senyum itu satu sedekah” setuju kan? Iyalah dalam Islam sendiri banyak dalil yang menyebut tentang senyuman. Sebagaimana sabda Rasullullah,“Senyummu di depan saudaramu, adalah sedekah bagimu” (Sahih, H.R. Tirmidzi no. 1956). : KitaReporters


Banyak lagi dalil yang boleh diketengahkan mengenai perlunya kita sentiasa mengukirkan senyuman antara satu sama lain. 

Pun begitu dalam era teknologi sekarang, barangkali kita lupa untuk senyum waima asyik leka bermain dengan gajet.

Apatah lagi dalam tempoh PKP yang dilanjutkan sehingga 28 April 2020 kita lebih banyak senyum sendirian dengan gajet apabila pelbagai ‘memes’ dimuat naik contohnya lagu rap ‘Ke sana Ke Sini’ yang direka berikutan ucapan PM dan banyak lagi video atau foto yang melucukan.

Apa pun, ini ada satu peluang untuk senyuman anda benar-benar dapat ditonton ramai kerana penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini mengajak anda merakamkan senyuman menarik masing-masing untuk dimuatkan dalam video muzik lagu terbaharunya, 'Senyuman Ramadhan’.

Lagu yang dicipta selaras dengan kempen Ramadan Raya Astro 2020 yang bertemakan 'Kukuhkan Jalinan, Indahkan Senyuman' itu bakal dilancarkan pada 14 April 2020 menerusi program MeleTOP.

“Saya mencipta dan menerbitkan lagu ini bersama label rekod MFMF.

"Ia merupakan sebuah lagu yang mengajak orang ramai menyebarkan aura positif tak kira dalam apa jua situasi sekali pun,” ujar Hael  menerusi sesi Instagram ‘live’ eksklusif bersama Astro Gempak yang dihoskan oleh pengacara Gempak TV, Daniel Cheang.

Plantun lagu ‘Jampi’ ini kemudian mengajak mana-mana netizen yang ingin berkongsi senyuman mereka dalam video muzik yang bakal diterbitkan nanti.

Kenapa kena senyum ni? - IG HaelHusaini (https://www.instagram.com/haelhusaini/)


“Kepada mereka di luar sana yang mahu muncul dalam muzik video lagu ini, kongsikan wajah senyuman menarik anda bersama rakan-rakan atau ahli keluarga dalam laman Instagram,” jelas Hael.

Namun pesan Hael, jangan lupa untuk tag akaunnya @haelhusaini dengan meletakkan hashtag #SenyumanRamadan #KukuhkanJalinan #IndahkanSenyuman.

“Insya-Allah, senyuman manis anda semua bakal dimuatkan dalam video muzik lagu ini,” janji Hael.

Jadi, jika anda mahukan senyuman anda dimuatkan ke dalam video muzik lagu terbaharu ‘Senyuman Ramadhan” ini eloklah cepat merakamkannya dan hantar segera.

Kalau lambat hantar 'putih mata' pulak nanti, iyalah mana tahu kut berjuta-juta senyuman yang diterima tak muat pula nak masuk semua kan Hael?  Ke 'Bole aje?' - KitaReporters

Kredit Foto : @haelhusaini_officialfans


1
3
1
0
0
You will be interested