Seni & Sukan 17 Aug, 2020

Nak kucing mix breed je! Tiz Zaqyah kesal sikap pilih kasih!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

PELAKON Tiz Zaqyah meluahkan perasaan kesalnya dalam akaun Twitternya terhadap segelintir masyarakat yang bersikap pilih kasih (double standard) terhadap kucing jalanan. Segalanya bermula apabila dia memuat naik hantaran (ciapan) dalam Twitter bertanyakan di mana mahu menghantar beberapa ekor kucing jalanan (stray cat) kerana kasihan melihatnya. : KitaReporters

“Salam pada pagi yang mulia ini. Korang tahu tak mana nak bagi kucing? Lima hingga enam ekor termasuk ibu dan anak kucing. Sedang mencari rumah baharu. Kasihan dorang. Anak kucing jalanan dan tiada suntikan vaksin,” tulisnya.


Pertanyaan Tiz itu dibalas oleh salah seorang pengguna Twitter dengan memberikannya maklumat tempat sesuai untuk menghantar kucing.

“Cuba pergi Facebook dan cari grup pengambilan anak angkat kucing percuma. Banyak kucing saya sudah bagi dekat pencinta kucing dalam grup ni,” ujar salah seorang netizen.


Mengulas isu mengenai kucing jalanan ini, Tiz meluahkan rasa dan pendapatnya sendiri.

“Orang sini, hmm. Nak mixbreed (baka kacukan) je. Yang kucing gerai-gerai tomyam ni tak pandang. Yes, korang ni bias, double standard. Nak kucing untuk tayang kat Instagram je. Ugh,” tulisnya geram.


Namun, tak semua orang memandang rendah pada kucing jalanan. Sekiranya dia seorang pencinta haiwan sejati, tak kira kucing campuran atau jalanan, tetap diambil untuk dijaga atau diserahkan pada pihak yang mampu menguruskannya.

Buktinya ada segelintir netizen yang menyangkal keluhan Tiz mengenai sikap pilih bulu itu.

“Tak. Ni kucing jumpa tepi jalan seekor dia je. Bela sampai sekarang. Kita tayang juga,” tulis salah seorang netizen.


Ada juga yang menyokong kata-kata Tiz kerana sering melihat gelagat manusia acah-acah pencinta haiwan tetapi hanya utamakan kucing kacukan yang mempunyai bulu gebu dan wajah yang comel.

“Tayang di media sosial kucing gempak-gempak. Suka kucing comel-comel. Apabila duduk lepak kedai tomyam kucing datang mengiau dihalaunya. Bagi makan pun tak nak,” tulis netizen.


Apa yang disuarakan oleh Tiz itu ada benarnya juga. Kebanyakan masyarakat kita, hanya mengutamakan kucing-kucing daripada baka import atau baka kasukan kerana lebih manja, comel dan lebih mendapat perhatian apabila ditayangkan dalam media sosial.

Malah ada juga yang acah-acah bela kucing, tetapi tidak mampu menjaganya kerana kesibukan bekerja sehingga kucing peliharaan terabai dan membuang najis merata-rata. Apa cerita?? - KitaReporters

0
0
0
1
0
You will be interested