Seni & Sukan 13 Aug, 2020

Terbaiklah Wisy! Lukisannya pada pelitup muka sangat kreatif

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this

TIADA siapa yang tidak mengenali Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kerana lebih 4 bulan dan hampir setiap hari wajahnya terpampang pada televisyen dan akhbar berkongsi maklumat COVID-19 bersama kita semua. Banyak penghargaan yang telah beliau terima dengan cara yang kreatif sebagai tanda terima kasih daripada warga Malaysia yang mengucapkan terima kasih kepada pasukannya yang tanpa lelah terus setia berkhidmat untuk negara. : KitaReporters

@wisy_lukis : Dalam 1 kotak facemask tu kadang ii mesti ada mask yang tak dapat pakai sebab tali putus... So, kalini aku try lukis portrait @noor_hisham_abdullah atas mask ni😁

For @noor_hisham_abdullah , thank u for being our superhero during this pandemic ❤️

Yang lain jangan lupa pakai mask & amalkan penjarakan fizikal😁

Lukisan potret kedua aku lukis selain waktu kelas drawing skali tahun lepas😂😂😂


Baru-baru ini, seorang pemuda yang menggunakan nama @misy_lukis dalam Instagram telah membuat lukisan potret DG Hisham pada sehelai mask sebagai tanda penghargaan.

Cantik sangat lukisan ini!

Dalam satu posting, pemuda ini telah menulis bahawa pelitup muka yang digunakan adalah yang rosak. Oleh itu, dia menggunakannya untuk menghasilkan karya seninya.

Terima kasih @noor_hisham_abdullah  kerana menjadi superhero kami semasa wabak COVID ini.

Beliau juga menasihatkan kepada semua warga Malaysia agar jangan lupa untuk memakai pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal (penjarakan sosial).


Lukisannya ini telah menjadi tular dan tarikan semua netizen. Rata-rata netizen memberi pujian melihat kreativiti pemuda ini.


Semoga pemuda ini terus melukis dan terima kasih kerana menghargai perjuangan mereka semua, yang berada di barisan hadapan ketika COVID-19 menular.

Walaupun kita tak mampu membalas jasa mereka secara berhadapan, inilah caranya dengan menghasilkan sebuah karya khas untuk mereka. - KitaReporters

2
1
0
0
0
You will be interested