KERAJAAN memberi jaminan isu kenaikan harga makanan ayam yang mempengaruhi harga hasil ternakan itu, hanya bersifat sementara dan dijangka kembali stabil tidak lama lagi.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, berkata kenaikan harga ayam berlaku ketika ini berikutan negara terpaksa mengimport jagung yang bekalannya turut terkesan akibat penularan wabak itu.
"Kita bukan pengeluar jagung, justeru terpaksa mengimportnya. Jika kita menanam sendiri, kosnya jauh lebih tinggi sedangkan negara pengeluar jagung boleh jual kepada Malaysia pada harga murah dan lebih rendah.
"Bagaimanapun ketika pandemik COVID-19, negara pengeluar jagung turut terkesan dan aktiviti pertanian mereka menjadi terbatas.
"Oleh itu, hasil jagung keluaran negara berkenaan menjadi rebutan seluruh dunia menyebabkan harganya meningkat," katanya seperti dipetik Berita Harian, 19 September 2021. - KitaReporters