Seni & Sukan 12 Jan, 2021

Demi patuhi titah Agong, saranan PM! TV3 tunda Anugerah Juara Lagu 35 ke satu tarikh baharu!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

ANTARA kumpulan masyarakat yang mengharapkan tiada sebarang sekatan pergerakan adalah artis dan penghibur di negara ini. Mereka memerlukan acara dan aktiviti bersemuka bagi melaksanakan urusan dunia hiburan yang mereka ceburi. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak Mac 2020, jumlah mata pencarian mereka banyak terjejas. : KitaReporters 



Lagi cerita-cerita berkaitan Anugerah Juara Lagu:

https://kitareporters.com/search?search=anugerah+juara+lagu


Sebagai contoh, Penerbit Eksekutif Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) merupakan pihak yang berharap agar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ia benar-benar diumumkan pada 11 Januari 2021.

Bukan setakat itu sahaja, Yang di-Pertuan Agong juga pada 12 Januari 2021 turut memperkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat secara serta merta sehingga 1 Ogos 2021 depan.



Perkara ini sudah tentu tidak mengembirakan para artis dan pekerja dalam bidang hiburan tanah air.

Namun sebagai menyahut seruan Yang di-Pertuan Agong dan pemerintah negara, golongan ini tetap akur dengan pengumuman yang dilakukan pada 11 dan 12 Januari 2021 itu.

AJL35 yang sepatutnya bersiaran langsung daripada Auditorium MBSA, Shah Alam pada 7 Februari 2021 depan terpaksa ditunda bagi mematuhi perintah Istana Negara dan Perdana Menteri.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Khairul Anwar Salleh menjelaskan tempoh 14 hari PKP akan mengekang tugas-tugas persediaan AJL35, namun sudah tentu mereka tiada pilihan lain, melainkan mengikut arahan kerajaan.



“Ketika dalam sidang media AJL35 semalam, saya dan Penerbit Eksekutif AJL35, Puan Huda sememangnya berharap agar PKP tidak dilaksanakan, dan AJL35 boleh berlangsung seperti yang dijadualkan.

“Namun, semalam (11 Februari 2021), Perdana Menteri menguatkuasakan PKP bermula hari esok (13 Februari 2021, jam 12.01 pagi) sehingga 26 Januari depan. Tempoh 14 hari PKP ini akan mengekang tugas-tugas persediaan AJL35, terutama kerja-kerja pembinaan pentas dan set lain.

“Hal ini kerana kerja-kerja pembinaan tersebut memerlukan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, untuk kebaikan semua pihak, kami memutuskan untuk menunda AJL35 ke tarikh yang akan diberitahu kelak, sebaiknya setelah tempoh PKP ditamatkan secara rasmi,” katanya dalam kenyataan.



Khairul juga memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat, mahupun secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan AJL35.

“Kami berharap juga agar semua rakyat akan patuh PKP demi kebaikan dan keselamatan kita semua,” katanya.

Jika diimbas kembali, AJL35 kali ini yang mencalonkan sebanyak 12 lagu ke pusingan final turut berdepan dugaan lain sebelum ini apabila penyanyi Alif Satar dan kru produksi terlibat dalam persembahan positif COVID-19.

Separuh akhir Muzik Muzik sebelum itu juga terpaksa ditunda program berkenaan atas faktor keselamatan.



Lagu-lagu layak bertanding adalah Hati yang dinyanyikan Hael Husaini, Belenggu Rindu (Jamal Abdillah dan Wani Hasrita), Peluang Kedua (Nabila Razali), 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta ), Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), Semalam (Aina Abdul), Hutang (Floor 88), Gundah (Ernie Zakri), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Eh (Zizi Kirana), Kau Sakiti (Amir Masdi) dan Gila (Kaka Azraff, Noki, Loca B).

Dari sisi positif, ini merupakan salah satu contoh kumpulan masyarakat yang patuh dan taat kepada Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan Malaysia walau situasi mereka penuh genting dan serba tidak teratur. - KitaReporters

2
0
1
0
0
You will be interested