KECUAIAN memandu dalam kelajuan tinggi dan tidak memakai tali pinggang keledar merupakan punca kematian Vanessa Angel dan suami, Febri ‘Bibi’ Andriansyah dalam kemalangan jalan raya, menurut siasatan awal polis.
Lagi cerita-cerita sedih berkaitan Vanessa Angel
Tubagus mengaku memandu dengan kelajuan berlebihan dengan melebihi 120 km sejam dan adakalanya menghampiri 200 km sejam, di samping turut menggunakan telefon pintarnya untuk membuat panggilan dan merakam perjalanan itu untuk dimuat dalam Instastory dalam Instagramnya.
Tubagus masih trauma dan siasatan terhadapnya akan diterus apabila traumanya pulih.
Dua meninggal dunia iaitu Vanessa, Bibi Andriansyah sementara tiga cedera iaitu Tubagus, pengasuh dan si kecil Gala Sky Andriansyah.
Pengakuan Tubagus dia memandu laju berlebihan dan merakam sebahagian perjalanannya, videonya dapat dilihat dalam instastory dalam Instagramnya @tubagusjoddy.
Polis masih menjalankan siasatan dan belum mengambil tindakan untuk mendakwa Tubagus. Lelaki berusia sekitar 20-an itu boleh dipenjara sehingga lima tahun jika terbukti bersalah.