Pencurian kasut dan baju kerap kali berlaku di hampir semua kawasan tempat tinggal, lagi-lagi bagi mereka yang menetap di rumah flat kerana tiada pengawal yang menjaga keselamatan rumah tersebut.
Namun, tular baru-baru ini dalam Twitter kelihatan seorang lelaki sedang mencuri kasut dan dipercayai kejadian ini berlaku di kawasan perumahan Putrajaya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan kesalahan mencuri
Apa yang menjadikan video lelaki ini tular kerana beliau tidak tahu semasa mencuri bahawa terdapat CCTV yang merakam aktiviti yang dilakukannya ini.
Lelaki tersebut pada mulanya cuba memerhatikan sekeliling jika ada orang sebelum menceroboh pada bahagian pintu sebuah rumah. Pada masa sama, dia juga dilihat sempat mengambil beberapa pasang kasut sebelum beredar.
Oleh sebab video lelaki ini telah tular dalam media sosial, rata-rata warga maya yang menetap di sini memberitahu bahawa lelaki yang sama telah mencuri kasut sejak beberapa bulan yang lalu iaitu dari April hingga Mei 2022 ini dengan memakai uniform yang sama.
Kegiatan lelaki ini telah membuatkan ramai netizen berasa geram dan marah.
Bagi mengelakkan kejadian seperti ini kerap terjadi, letaklah kasut anda di dalam rumah agar ianya tidak dicuri dan berada dalam keadaan yang selamat. - KitaReporters