Seni & Sukan 20 Feb, 2022

Video| Janda jutawan! Bekas suami di Arab Saudi kirim wang nafkah! Rp15j (RM4,400) setiap bulan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

SULAEHA - Kredit foto: YouTube Faiz Slamet


LUMRAH alam rumah tangga yang sering berlaku apabila sepasang suami isteri bercerai ataupun berpisah kebiasaannya mereka membawa hal masing-masing dan apa yang bakal terjadi seandai nasib seorang isteri yang tidak mempunyai apa-apa harta serta tidak ada pekerjaan yang tetap bagi meneruskan kesinambungan kehidupannya pada masa depan tanpa seorang suami di sisinya.

Namun apa yang berlaku agak luar biasa dan boleh dikatakan beruntung bagi seorang Tenaga Kerja Wanita Indonesia (TKWI) yang menjadi jutawan selepas menjadi janda apabila bekas suaminya yang berada di negara Arab Saudi mengirim wang sebanyak Rp15 juta atau kira-kira RM4,400 setiap bulan kepadanya meskipun mereka sudah berpisah. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan janda

Kredit foto : YouTube Faiz Slamet



TKWI dimaksudkan itu bernama Sulaeha dari Pamekasan, Madura, Jawa Timur yang sebelum ini pernah berkerja di salon kecantikan yang terkemuka di negara Arab Saudi.

Kemudian anak majikan tempat Sulaeha bekerja itu tertarik dengan rupa parasnya yang cantik itu menyebabkan ayahnya bersetuju menjodohkan mereka berdua kira-kira 10 tahun lalu

Sulaeha berkata, perkahwinannya dengan anak majikan itu dilangsungkan di rumah orang tuanya di Pamekasan, Madura.

“Semua orang tahu saya menikah di sini (Pamekasan) dan bekas suami saya sanggup datang ke sini untuk bernikah dengan saya secara sah.  

“Tak main-main saya cakap, bekas ayah mentua saya seorang yang kaya raya mempunyai salon kecantikan yang terkemuka serta banyak cawangannya di negara itu,” kata Sulaeha dalam pertemuan wawancara dengan Youtuber Faiz Slamet di rumahnya, baru-baru ini


SULAEHA ketika ditemu ramah oleh Youtuber Faiz Slamet, baru-baru ini. - Kredit foto: YouTube Faiz Slamat


Dipetik laporan YouTube berkenaan pada 13 Februari 2022 lalu melalui laporan TribunMedan.com memberitahu, walaupun Sulaeha hidup dengan penuh kemewahan bersama bekas suaminya tetapi apakan daya jodoh mereka dengan anak majikan salon itu  tidak berpanjangan berakhir dengan perceraian.

Sulaeha yang enggan mendedahkan punca perceraian mereka berkata perpisahan rumah tangga itu yang sememangnya diharapkan berpanjangan selagi hayat dikandung badan mungkin sudah ditentukan oleh Tuhan.

“Hasil perkahwinan saya memperoleh seorang anak lelaki yang kini tinggal bersama mantan suami saya di sana dan anak saya adalah warganegara Arab Saudi.

“Walaupun kami sudah berpisah tetapi mantan suami tetap memberi perbelanjaan saya setiap bulan sebanyak Rp15 juta dan setiap tarikh 27 haribulan saya pasti akan dapat wang itu,” katanya lagi.

Sulaeha yang lebih mesra dengan nama Anisa juga mendapat sebuah banglow dua tingkat dan tiga buah kereta mewah untuk anaknya dan janda itu.



Menurutnya, meskipun dia tidak melakukan sebarang pekerjaan sejak pulang ke kampung halamannya sejak dua tahun lalu. Namun setiap bulan dia tetap memperolehi pendapatan sejumlah Rp20 juta (kira-kira RM5,800) iaitu wang yang dikirim dari bekas suaminya Rp15 juta dan pendapatan sumber lain Rp5 juta (RM1,400).

“Wang yang dikirim itu, saya belanja untuk menampung kebuntuhan hidup saya selain perawatan wajah saya.

“Jujur saya bagitahu, setiap bulan saya selalu membuat perawatan kecantikan sebanyak empat kali dan sekali perawatan itu dikenakan bayaran sejumlah Rp8 juta (RM2,332) dan saya terpaksa habis lebih Rp30 juta (RM8,751) dalam sebulan.

“Ia tidak termasuk perbelanjaan lain seperti pakaian serta makan minum saya dan setiap bulan saya perlu wang Rp40 juta (RM11,700) untuk perbelanjaan itu semua,” ujar Sulaeha yang merasa hidupnya selesa biarpun menjanda. - KitaReporters


 

13
18
0
11
1
You will be interested