Seni & Sukan 09 Jun, 2025

Video| Ini korban sado! Nikita tumbangkan 6 lembu sado! Belanja RM270k! Walaupun ringkuk di penjara!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.


Walaupun sedang meringkuk di penjara, selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani Mawardi, 39, tetap melakukan ibadah korban seperti kebiasaannya sejak beberapa tahun lalu.

Dan bagi Aidiladha 1446 Hijrah ini, Nikita memperbanyak nilai korban lembunya. Nikita membeli 6 ekor lembu sado dengan setiap satu seberat sekurang-kurangnya 1 tan (1,000 kg), dengan anggaran harga sekitar 150 juta Rupiah (RM45,000) setiap ekor.


Selama ini Nikita akan memilih sendiri lembu yang akan dikorban, tetapi kini tidak lagi apabila ditahan di penjara


Ini bermakna, Nikita mengeluarkan wang sekitar 600 juta Rupiah (RM270,000) untuk melakukan ibadah korban tahun 2025 ini.

Untuk tujuan itu, Nikita menyerah kepada anak bongsunya Arkana untuk mencari lembu-lembu itu dengan bantuan pembantunya. 

Laman TikTok @nikiramirzanioffucial menyiarkan video dan foto anaknya Arkana memilih lembu-lembu sado untuk dikorbankan bagi pihak Nikita.


Arkara mencari membeli lembu sado bagi pihak ibunya Nikita Mirzani


Lembu-lembu itu dikorban di beberapa daerah di pulau Jawa untuk memastikan penerima lembu korbannya lebih meluas. 

Nikita dikatakan antara selebriti yang mempunyai kemewahan luar biasa. Selain menjadi pelakon, hos dan model, bintang sensasi ini mendakwa menjalankan beberapa perniagaan yang memberi keuntungan besar kepadanya.

Nikita baru-baru ini ditahan kerana Polis Metro Jakarta mengesyaki dia terlibat dalam pengubahan wang haram dan penipuan terhadap seorang pengusaha kosmetik, Reza Gladys. Turut ditahan ialah pembantu Nikita bernama Mail Syahputra kerana bersubahat. 

Kes Nikita dan Mail Syahputra sudah dibawa ke pihak pendakwaraya dan kes sedang berjalan. 


Nikita Mirzani ketika ditahan di ibu pejabat Polis Metro Jakarta masih memberi senyuman kepada petugas media


Reza membuat laporan polis terhadap Nikita pada 3 Disember 2024 selepas mendakwa selebriti sensasi itu memfitnah dan melakukan peras ugut terhadapnya dalam media sosial.

Jika disabitkan kesalahan, Nikita boleh dihukum penjara maksimum enam tahun. Tidak hanya itu, Nikita turut berdepan dengan pertuduhan membabitkan penggubahan wang haram sebanyak Rp300 milyar (sekitar RM10 juta) yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Kes Nikita mendapat liputan meluas pihak media. Jika terbukti bersalah atas kedua-dua kesalahan itu Nikita mungkin akan menghabis hari-hari mendatangnya di dalam penjara. - KitaReporters

8
7
0
11
0
You will be interested