

Kontinjen karate Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menobatkan nama negara di puncak apabila menunjukkan prestasi cemerlang dalam kejohanan World Police & Fire Games (WPFG) 2025 di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat.
Kejohanan yang berlangsung pada 2 hingga 3 Julai 2025 itumelibatkan penyertaan 38 buah negara. Kontinjen negara telah berjaya merangkul 7 pingat emas, 4 pingat perak dan 4 pingat gangsa.

Dalam acara Kumite bawah 67 kilogram kontinjen negara telah berjaya merangkul 1 pingat emas. Manakala bagi acara Kata Kumpulan pula 1 pingat gangsa telah berjaya dimiliki.
Dengan pencapaian tersebut, kontinjen PDRM negara telah menduduki tempat ketiga keseluruhan dalam acara karate apabila berjaya mengalahkan puluhan kontinjen lain dari seluruh dunia.
Kejayaan ini membuktikan bahawa semangat juang, disiplin tinggi dan komitmen luar biasa anggota PDRM bukan saja dalam tugasan harian, tetapi juga sehingga ke peringkat antarabangsa.
PDRM juga telah memperlihat kecemerlangan mereka dalam bidang tugas mampu membawa mereka cemerlang sehingga ke medan dunia. - KitaReporters
