Seni & Sukan 28 Jul, 2022

Video| Selepas berlakon, Sweet Qismina jadi penyanyi! Namo jadi taruhan! Harap peminat terima baik!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Sweet Qismina berharap berjaya menjadi penyanyi pula.


Setelah sekian tahun menjadi pelakon, Sweet Qismina, 24, mengembangkan kebolehannya dengan mencuba menjadi penyanyi pula.

Harapan itu menjadi kenyataan apabila Warner Music Malaysia (WMM) menawarkan pelakon kecil molek itu sebagai artis rakaman.

Single pertama penyanyi baharu berjodol ‘Namo’ ini mula dilancar dalam beberapa platform termasuk YouTube mulai Sabtu, 23 Julai 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi baharu



Sweet Qismina atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi berkata, dia mengharapkan peminat akan memberi sokongan terhadap taruhan baharunya itu memandangkan masih baharu dalam bidang nyanyian. 

“Saya tidak mengharap banyak, cukup dengan tanda sokongan positif daripada peminat kerana saya sendiri masih lagi merangkak dalam bidang nyanyian.

"Tetapi saya sangat teruja dan gembira untuk menerokai ruangan ini dan semoga peminat yang mendengar single Namo akan terhibur dan teruskan menyokong saya sampai bila-bila," katanya kepada sebuah media.



Mula menceburi lakonan sejak berumur sembilan tahun, Sweet menjadikan nyanyian sebagai pengalaman baharu terutama apabila mendapat peluang dari Warner Music Malaysia. 

Sweet Qismina bermula sebagai pelakon kanak-kanak melalui drama ‘Udin dan Nora’ pada 2004 di TV Pendidikan  dan selepas itu sudah puluhan drama dilakoni termasuk beberapa filem.

Komitnen dalam bidang lakonan membolehkan Sweet Qismina memenangi anugerah Artis Baharu Wanita Dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2016.


Disebabkan berlakon beberapa kali bersama sejak 2019, cinta berputik dan Sweet Qismina bertunang dengan Adam Lee pada hari ulang tahun ke-24-nya.

Setelah bergelar penyanyi, Sweet Qismina dijangka akan menunda perkahwinan untuk memberi perhatian dalam bidang nyanyian. 

Klip video ‘Namo’ dalam YouTube yang dilancar pada Sabtu, 22 Julai 2022 sudah ditonton lebih 70 ribu kali. 

Dan Sweet Qismina menerima banyak pujian daripada peminat melalui laman IG-nya dan percaya lagu 'berselera semasa' ini terus mendapat sambutan. - KitaReporters


Sweet Qistina bersama tunangnya Adam Lee pada hari pertunangan

12
10
0
15
0
You will be interested