Namun ternyata ia bukan langkah bijak kerana tanpa perancangan rapi menyebabkan filem cereka dihasilkan memberi kerugian. Malah ada sejumlah filem cereka yang kutipan tiketnya cukup mendukacitakan.
Masyarakat kini punya pelbagai pilihan untuk menonton dan salah satu jenis filem yang semakin diminati pelbagai usia ialah filem animasi.
Filem animasi dahulunya dipanggil kartun kerana mengguna teknik 2D dan ketika itu, filem animasi/kartun hanya diminati golongan kanak-kanak.
Dan kini dengan bantuan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), seperti RealD 3D, filem animasi dapat dihasilkan dalam bentuk yang hampir nyata atau real seperti pembikinan semula filem The Lion King, yang diterbitkan oleh Disney.
Antara adegan dalam 'Toy Story' pada 1995
'Toy Story' terbitan 1995 dikatakan filem animasi pertama menggunakan CGI. Akibatnya, sambutan terhadap filem animasi berlaku secara global.
Antara filem terbitan Amerika Syarikat yang mencapai kutipan luar biasa ialah ‘The Lion King’ (2019) ($968.5 juta), ‘Frozen II’ (2019) ($1.450 bilion) dan ‘Inside Out 2’ (2024) ($880.4 juta).


Dan filem animasi untuk pawagam pula sebanyak 21 buah dihasil sejak 1998 dimulakan oleh ‘Silat Lagenda’ arahan Hassan, dan ‘Putih’ (2001) arahan Rashid Sibir, 'Ceritera' (2001), dan 'Budak Lapok‘ (2007). Namun sambutan terhadap filem-filem animasi awal ini kurang sambutan.
Pencetus kejayaan filem animasi tempatan melalui ‘Geng: Pengembaraan Bermula', filem animasi Upin Ipin terbitan Les' Copaque Production dan diarah olah Mohd Nizam Abdul Razak dan mula ditayang pada 12 Februari 2009. Ia berjaya mendapat kutipan RM6.2 juta iaitu filem animasi tempatan pertama yang mendapat kutipan tertinggi.
/
Sumber: Wikipedia
Kebiasaannya filem animasi ditonton oleh sekeluarga. Anak-anak yang ingin menonton ditemani ibu bapa atau saudara-mara bagi menambah jumlah tontonan.
Detik peningkatan sambutan terhadap filem animasi tempatan bermula dengan ‘BoBoiBoy: The Movie’ (2016) yang memperoleh kutipan RM17.48 juta, dan diikuti ‘BoBoiBoy Movie 2’ (2019): RM27.7 juta dan ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ (2019) yang mendapat kutipan RM26.2 juta.
Kemudian ‘Mechamato Movie’ (2022) terbitan Monsta Studios arahan Nizam Razak berjaya memperoleh kutipan RM35.88 juta dengan modal RM10 juta.

Ia mengatasi kutipan abangnya ‘ Ejen Ali The Movie’ pada tahun 2019 dengan bajet RM6.5 juta berjaya mengutip RM30.05 juta.
Namun kini animasi ‘Papa Zola The Movie’ terbitan Monsta Studios arahan Nizam Razak dan mula ditayang pada 11 Disember 2025 dijangka mampu mengalahkan kutipan EATM2 dan ‘Mechamato Movie’ (2022): RM 35.88 Juta (Animasi).

Cuma kemungkinan berjaya mengatasi filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ yang kini menduduki tangga teratas kutipan filem tempatan dengan kutipan RM97 juta dengan modal RM8 juta mungkin sukar.
Namun tidak mustahil ‘Papa Zola The Movie’ yang merupakan pengembangan watak dari filem ‘BoBoiBoy’ mampu berada di barisan kedua filem terlaris tempatan bagi mengatasi filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ (RM76 juta) dan ‘Sheriff: Narko Integriti’ (RM64 juta).
Pada masa kini pembikinan filem animasi di Malaysia dikuasai tiga syarikat iaitu Les' Copaque Production, Monsta Studios dan WAU Animation.
Dan filem animasi lebih mudah di pasar secara global berbanding filem cereka.
Selain promosi, ia akan lebih membantu jika ia dialih suara ke bahasa popular sesebuah negara.Jadi filem animasi akan lebih lebih membantu mempopularkan filem Malaysia secara global. - KitaReporters
aa