Seni & Sukan 28 Sep, 2025

Menang kerana pesaing kena ikat tali kasut! Pelari Iceland juara larian denai Malaysia Ultra-Trail!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: [email protected]

Share this

Pelari lelaki dari Iceland, Kristjan Chapman menjuarai kategori utama larian denai Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2025 sejauh 100 kilometer (km) apabila menamatkan larian  dengan catatan masa 11 jam 39 minit 29 saat di Taiping pada 28 September 2025.



Kristjan Chapman ketika menamatkan saingan dalam acara 100 kilometer ketegori lelaki Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2025 di Taiping pada 28 September 2025.

Chapman melengkapkan podium setelah mengetepikan pencabar utamanya, Bai Xing Zhi dari China yang menduduki tempat kedua dengan catatan masa 11:39:29 saat dalam perlumbaan yang berprestij itu.

Pelari Jepun, Kanta Mizutani pula menduduki tempat ketiga dengan masa 12:14:56 saat.

“Saya bersaing dengan Xing Zhi dan saya berjaya mengatasinya apabila Xing Zhi berhenti untuk mengikat tali kasutnya pada pendakian terakhir,” katanya Chapman ketika ditemui.

Bagi kategori wanita pula, pelari China, Jiang Wen Li, muncul juara dengan catatan masa 15:11:33 saat.

Pelari Jepun, Mika Taniguchi menduduki tempat kedua dengan maca 15:32:42 saat dan So Kit Yang dari Hong Kong di tempat ketiga dengan masa 16:29:42 saat.


Pemenang kategori 100 km lelaki, Kristjan Chapman (tengah) diapit oleh Kanta Mizutani (kiri) dan Bai Xing Zhi (kanan).

Kategori 50km lelaki dimenangi pelari China, Luo Tao yang mencatat  masa 4:56:53 saat dengan menewaskan rakan senegara, Yang Jian Jian mencatat 4:57:12 saat di tempat kedua, manakala Wu Er Qing di tempat ketiga dengan masa 4:57:14 saat.

Bagi kategori wanita 50km, tiga pelari China menguasai podium dengan Wang Liping meraih gelaran juara (6:08:19 saat); kedua, Xiang Fuzhao (6:10:38 saat) dan ketiga, Zhou Xiao Xiao (6:30:27 saat).

Sementara itu, kategori 25km lelaki dimenangi peserta tempatan,  Arikchely Ariyl Arikah (2:29:25 saat); kedua, Daaraneshwaran Siva Kumar (2:52:22) dan ketiga, Bryan Yeoh Zhi Yong (2:56:58).

Bagi kategori wanita 25km dimenangi wakil Malaysia, Tahira Najmunisaa Muhammad Zaid dengan masa 3:33:01 saat; kedua, Ursula Adams dari Australia (3:45:30); dan wakil Hong Kong, Cathi Wong Kong Yuk (ketiga) dengan masa 3:48:40.

Hampir 3,000 pelari dari 64 negara mengambil bahagian dalam Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2025 ini yang melintasi Bukit Maxwell, Taiping dan kawasan Hutan Simpanan Hutan Dara (VJR) di Taiping, Perak. - KitaReporters

12
12
0
18
0
You will be interested