Seni & Sukan 27 Nov, 2022

Video| Allahyarham Azhari Zain tak sempat tonton Siku 12: Langkah Derhaka! Filem terakhir arahannya!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Pengarah filem Azhari Mohd Zain, lebih dikenali sebagai Azhari Zain, yang meninggal dunia pada usia 50 tahun pada Khamis, 24 November 2022, tidak sempat menonton filem arahan terakhirnya ‘Siku 12: Langkah Derhaka’.

Filem ‘Siku 12’ yang memaparkan silat kuno Melayu mula ditayang di pawagam pada 27 Oktober 2022 ketika Allahyarham sedang tenat. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan filem-filem


Azhari bersama isteri dan salah seorang anaknya


Azhari meninggal di rumahnya di Sunway Alam Suria, Shah Alam di sisi ahli keluarga setelah seminggu tenat. Berita kematian Azhari disah isterinya Wahizatul Nureen Azmi atau lebih mesra disapa Nureen kepada media.

Sebelum ini, Azhari mengalami serangan strok sejak Februari 2022 dan dibenarkan pulang ke rumah selepas tiga bulan dirawat di Hospital UiTM.



Selain bergiat dalam bidang seni baik sebagai pengarah, penulis skrip dan pelakon, Azhari mempunyai tugas hakiki dalam bidang pendidikan.

Azhari merupakan pensyarah kanan dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM).

Keadaannya waktu itu dilaporkan kritikal akibat pendarahan di kepala apabila saluran darah dalam otak tersumbat hingga menjejaskan pergerakan mahu pun berkomunikasi.

Bagi rawatan hospital, ia ditanggung sepenuhnya pihak Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM). Namun untuk rawatan alternatif seperti akupuntur dan urutan, ia ditanggung sendiri oleh anggota keluarga.


Aliff Syukri antara yang pernah menziarahi Azhari


Biarpun pergerakan terbatas dengan hanya menggunakan isyarat mata, dia tetap bersemangat mengikuti rutin sehingga sudah boleh melakukan pergerakan ringkas. Bagaimanapun tahap kesihatannya semakin merosot sejak seminggu lalu.

Ketika terlantar beberapa rakan seni dan para pelajarnya datang menziarah. Antaranya produser MIG, David Teoh dan selebriti sensasi, Datuk Sri Aliff Syukri Kamarzaman.

Jenazah Azhari dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Meru, Klang, kira-kira pada 10.30 pagi yang turut dihadiri sejumlah insan seni dan pelajar-pelajarnya.


Antara yang datang menziarah majlis pengkebumian Allahyarham Azhari Zain. - Kredit foto: Wahizatul Nureen Azma

Azhari terlibat dalam bidang perfileman sejak tahun 2004 dengan kebanyakan bersama Metrowealth Pictures (MIG). Ia bermula sebagai penulis skrip bermula dengan filem ‘7 Perhentian’ dan ‘Tangkai Jering’.

Dalam filem yang skrip atau arahannya, Azhari turut berlakon dalam 10  filem, namun sekadar pelakon pembantu. Dalam bidang pengarahan, Azhari bermula dengan filem ‘Jin Notti’, ‘Santau’ dan ‘Zoo’ pada 2009. 

Dan arahan terakhirnya filem ‘Siku 12: Langkah Derhaka’. Filem ‘Siku 12’ yang mengutara seni silat kuno Melayu memulakan penggambaran pada Oktober 2019 tetapi hanya dapat ditayang pada 27 Oktober 2022. - KitaReporters


8
13
0
6
0
You will be interested