Seni & Sukan 26 Nov, 2022

Video| Piala Dunia 2022: Qatar pulang awal! Tewas 1-3 kepada Senegal! Gagal ikut pasukan Asia lain!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


KEKALAHAN 1-3 kepada Senegal menyebabkan tuan rumah, Qatar terpaksa melupakan hasrat untuk meneruskan perjuangan ke pusingan seterusnya apabila peluang sudah tertutup buat mereka di dalam kumpulan A Piala Dunia 2022. 

Qatar cuba mengikut jejak pasukan Asia yang lain apabila mereka beraksi cemerlang namum hasrat itu tidak kesampaian buat mereka. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Dunia


Dalam perlawanan yang berlangsung pada 25 November 2022, Senegal lebih garang dan menguasai permainan. 

Qatar cuba mengimbangi perlawanan namun mereka mengalami kesukaran di bahagian hadapan setiap kali menyerang. 

Jaringan yang di cari oleh Senegal akhir muncul pada minit ke-41 menerusi Boulaye Dia selepas mengambil kesempatan atas kesilapan pasukan lawan. 

Senegal terus garang apabila Famara Diedhiou mengandakan kedudukan pada minit ke-48 dan selesa mendahului perlawanan. 



Tuan rumah melakukan beberapa pertukaran dan pemain gantian, Mohammed Muntari merapatkan kedudukan pada minit ke-78.  

Namun keseronokan tuan rumah tidak kekal lama apabila Senegal menambah jaringan ketiga pada minit ke-84 menerusi Bamba Dengan

Kemenangan ini membolehkan Senegal membuka kembali peluang mereka ke pusingan seterusnya namun tugas berat menanti mereka apabila harus menewaskan Ecuador jika ingin layak. - KitaReporters


13
18
0
11
0
You will be interested