Seni & Sukan 24 Jun, 2025

Sekolah Angkat Madani! SA Mutiara Deco-Penang FC anjur klinik bola sepak! 10 sekolah dapat manfaat!

@nazar hashim
Emel: nazarhashim10@gmail.com

Share this

Kehadiran pemain Penang FC disambut meriah oleh para peserta yang menanti kehadiran mereka.

Pemain Penang FC mempamerkan taktik dan teknik kemahiran bola sepak kepada para peserta  Program Sekolah Angkat Madani oleh SA Mutiara Deco bersama Penang FC. 


Inisiatif yang diambil oleh SA Mutiara Deco bersama Kelab Bola Sepak P.Pinang (Penang FC) menganjur klinik bola sepak di bawah Program Sekolah Angkat Madani di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Dua, Seberang Perai Utara pada 19 Jun 2025 lalu memberi banyak manfaat kepada 150 pelajar yang melibatkan 10 buah sekolah rendah dan menengah di Seberang Perai.

Program yang bertujuan untuk melahirkan bakat pelapis pemain bola sepak dalam kalangan pelajar sekolah biasa kali ini dipenuhi dengan pengisian utama iaitu klinik bola sepak serta berlatih bersama Penang FC.

150 murid terpilih melibatkan 5 sekolah kebangsaan dan 5 sekolah menengah kebangsaan.

Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Dua, SK Bertam Indah, SK Seri Gemilang, SK Sungai Puyu, SK Kampung To' Bedor adalah antara sekolah kebangsaan yang terpilih.

Sekolah menengah yang terpilih bagi mengikuti program ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Ahmad Badawi, SMK  Bertam Indah, SMK Tun Hussein Onn, SMK Gemilang dan SMK Permatang Rawa. 


Satu lagi pendedahan kemahiran bola sepak kepada para peserta dipamerkan.


Pelajar daripada SK Bertam Indah, Kepala Batas.
Daniel Gooi (belakang, tengah) bersama wakil sekolah masing-masing pada Program Sekolah Angkat Madani di SK Sungai Dua, Seberang Perai Utara pada 19 Jun 2025.

Program yang dirasmikan oleh Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen turut dihadiri Duta Penang FC, Faiz Subri; ketua jurulatih Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail; serta pemain-pemain.

Gooi yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Penang FC berkata, program ini bertujuan untuk melahirkan bakat pelapis, sekali gus mengukuhkan pembangunan bola sepak dalam kalangan pelajar.

"Ia juga merupakan salah satu inisiatif SA Mutiara Deco bagi menghargai pelanggan dalam kalangan para guru yang banyak menyokong mereka.

"Para peserta akan didedahkan dengan teknik dan taktik latihan.Ia bertujuan bagi memberi peluang kepada pemain yang berpotensi untuk menonjolkan kemahiran mereka melalui kejohanan yang akan diadakan pada tahun ini," ujar beliau.


Antara pelajar yang turut menanti kehadiran pemain Penang FC. 


Simbolik permulaan program Sekolah Angkat Madani dengan sepak mula oleh pimpinan SA Mutiara Deco dan Penang FC. 


Dalam program kali ini para peserta didedahkan tentang teknik dan taktik latihan, aspek disiplin, semangat kesukanan serta teori asas permainan bola sepak.

Melalui kerjasama sebegini para peserta turut berpeluang menyertai klinik bola sepak, kelas dan bengkel motivasi. Peserta dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bawah 12 tahun, 15 dan 18 tahun.

Manakala kejohanan bola sepak 9 sebelah turut diadakan bagi merebut Piala SA Mutiara Deco.

Hadir sama ialah Pengurus SA Mutiara Deco, Adnan Mohd Farok; Ketua Sub Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Ramle Abu Bakar; serta para guru dan Guru Besar sekolah-sekolah terlibat. - KitaReporters


Para peserta diberi peluang menonjolkan kemahiran masing-masing. 


Pihak penganjur bersama pimpinan sekolah terlibat dan pelajar yang mewakili sekolah masing-masing. 

14
11
0
10
0
You will be interested