Seni & Sukan 11 Jan, 2023

Video| KKN Di Desa Penari: Luwih Dowo, Luweh Medan! Fajar gembira watak Wahyu lekat di hati penonton!

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this


SAMBUTAN hangat yang diberikan penonton terhadap filem KKN Di Desa Penari dari Indonesia yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 24 Februari 2022, kini filem yang sama dengan judul KKN Di Desa Penari: Luwih Dowo, Luweh Medani kembali menyeri pawagam tempatan.

Filem terbitan MD Pictures kembali ditayangkan di pawagam tempatan sejak 5 Januari 2023 lalu. Kali ini durasi filem genre seram berdasarkan kisah benar yang ditularkan oleh seorang pengguna akaun Twitter bernama SimpleMan ditambahkan kepada 40 minit dan menjadikan waktu tayangannya selama dua jam 56 minit.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan filem-filem

Dari kiri Fajar, Calvin bersama Tissa Biani dan Aulia Sarah sewaktu mempromosi filem di Malaysia baru-baru ini.


Baru-baru ini pengedar filem tempatan Antenna Entertainment membawa barisan pelakon filem KKN Di Desa Penari: Luwih Dowo, Luweh Medani iaitu Tissa Biani (Nur), Calvin Jeremy (Anton), Fajar Nugraha (Wahyu) dan Aulia Sarah (Badarawuhi) datang ke Malaysia untuk bertemu peminat tempatan. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MD Entertainment, Manoj Punjabi, filem arahan Awi Suryadi dan skrip oleh Lele Laila dan Gerald Mamahit itu untuk edisi pertama berjaya mengumpul kutipan hampir RM21 juta di Malaysia saja.


 


Penulis sempat menemu bual Muhamad Fajar Nugraha, 28, kelahiran Bogor, Jawa Barat. Sewaktu sesi memperkenalkan diri bersama rakan artis yang lain, tiap kali Fajar berbicara ada saja lawak yang diketengahkan.

Bila sempat berbual dengannya, pemegang watak Wahyu itu memberitahu, sebelum bergelar pelakon dia terlebih dahulu mencipta nama sebagai pelawak dan merupakan finalis pertandingan Stand Up Comedy Indonesia musim keenam. 

“Sebenarnya, sebelum main filem, saya adalah seorang stand up comedy (pelawak solo) di Indonesia dan senang bangat dengan lakonan. Saya banyak sangat melakukan dialog dengan gaya ibu, cewek dan sebagainya ketika di pentas.

“Saya dari stand up comedy, langsung ke filem pertama pada 2016. Alhamdulillah sudah banyak filem dan sekarang kerja stand up comedy pula makin kurang.

“Untuk berlakon serius, alhamdulillah, saya punya teman-teman yang bisa ngajarin saya bagaimana cara untuk berlakon dengan serius,” katanya yang kini mahu belajar dan menumpu pada dunia lakonan.


Sejak membaca cerita di Twitter lagi, Fajar sudah impikan untuk membawa watak Wahyu.


Seperti warganet lain, Fajar juga tidak ketinggalan mengikuti bebenang Twitter yang ditulis oleh SimpleMan tentang cerita seram lakonannya itu.

“Saya memang mengikuti cerita ini dalam Twitter kerana tidak mahu ketinggalan sebab ia sudah tular. Ketika dah baca itu, saya bayangi kalau dibuat filem pasti seru dan kalau saya turut berlakon.

“Jujur ketika saya baca dan kalau dibuat filem, saya berangan untuk membawa watak Wahyu kerana antara saya dan watak itu ada kemiripannya, dari segi lawak dan beberapa aksi yang lain. Saya bayangkan kalau saya berpeluang berlakon dalam filem ini dengan membawa watak Wahyu.

“Pihak produksi ada menelefon saya pergi kasting untuk watak Wahyu. Ramai juga aktor yang mencuba watak Wahyu ini tapi ternyata rezeki berpihak kepada saya.

“Ketika diberitahu bahawa saya akan melakonkan watak Wahyu, jujur saya freeze seketika. Saya ingin mencuba semaksima mungkin kerana saya adalah orang Sunda, manakala watak Wahyu adalah orang Jawa.  

“Saya sampai terfikir ingin undurkan diri daripada projek ini kerana susah bangat untuk bertutur bahasa Jawa tapi saya ingat lagi keinginan saya dulu mahu melakonkan watak Wahyu. Jadi saya terhutang kepada diri sendiri dan walaupun rasa susah, saya teruskan juga,” cerita Fajar tentang pembabitannya dalam filem tersebut.



Filem ini mendapat sambutan dan berjaya mencatat sebagai filem terlaris di Indonesia kerana banyak sangat faktor yang menyebabkan filem ini meletup.

“Pertama kerana cerita ini sangat viral dalam Twitter selepas dikongsi oleh SimpleMan. Para pembaca termasuk saya mahu tahu apa kisah selanjutnya. Banyak sangat pembaca yang tweet di Twitter beri cadangan bagaimana kalau ia dijadikan filem.

“Kekuatan filem ini bukan saja disebabkan cerita viral sebelum ini tapi juga didukung oleh para pelakonnya, alhamdulillah bisa mencecah sampai 10 juta penontondi Indonesia bila digabungkan karya yang lama dan baharu,” katanya tersenyum bangga.


Barisan pelakon filem KKN Di Desa Penari: Luwih Dowo, Luweh Medani yang menjadi filem box office di Indonesia.


Jelas Fajar, dia tidak menghadapi masalah untuk mencipta keserasian dengan pelakon filem tersebut lain kerana sudah pernah berlakon bersama Tissa, Adinda dan Achmad Megantara. Meskipun pertama kali berlakon bersama Calvin, Kiki Narendra sebagai Pak Prabu dan Aghniny Haque (Ayu), dia tiada masalah.

“Alhamdulillah mereka sangat menerima saya. Walaupun saya seorang stand up komedi tapi bila bergabung dalam filem ada sedikit rasa gementar. Waktu diberitau saya dapat watak tersebut, saya kaku seketika kerana saya takut tidak bisa membayar ekspetasi pembaca. Alhamdulillah, review yang saya baca rata-rata suka dengan watak Wahyu, lakonan saya.


Filem ini diadaptasi daripada novel yang dihasilkan berdasar cerita dari Twitter yang dicerita oleh SimpleMan.


“Dalam filem itu saya paling suka adegan di mana saya dan Widya pulang ke rumah sambil saya membawa kepala monyet, itu semua orang tahu. Adegan itu sangat saya suka kerana orang Sunda diberikan dialog yang sangat panjang dalam bahasa Jawa, jujur saya mahu melaksanakan adegan itu dengan baik. 

“Sampai habis solat saya tidur di sejadah beralaskan skrip minta pertolongan dan dimudahkan untuk menjalani adegan ini kerana buat saya itu adalah adegan yang sangat berharga.

“Di Twitter pun, adegan itulah yang sangat diingati oleh pembaca. Jadi adegan itu yang sangat saya suka dan difilemkan. Untuk karya baharu, adegan tersebut ditayangkan kerana untuk sebelum ini ada yang kena potong. Saya sangat senang bila melihat hasil di karya baharu ini.

“Kedua-dua karya seru tapi ketika kita punya pertanyaan terhadap karya pertama, semuanya akan terjawab dalam karya baharu, KKN Di Desa Penari: Luwih Dowo, Luweh Medani,” jelas Fajar. KitaReporters


Filem arahan Awi Suryadi yang bergenre seram ini dibuat versi baharu yang lebih panjang tayangannya. 

15
9
0
17
0
You will be interested