Seni & Sukan 10 Dec, 2022

Video| Perlawanan persahabatan: Pan-gon turunkan ramai muka baharu! Malaysia mudah benamkan Kemboja!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


SKUAD kendalian Kim Pan-gon tiada masalah untuk mencatat kemenangan 4-0 ke atas Kemboja dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 9 Disember 2022.

Pan-gon yang menurunkan ramai pemain muda dan muka baharu dalam perlawanan tersebut kerana ingin melihat permainan mereka sebelum membuat keputusan sama ada sesuai atau tidak untuk berada dalam skuad beliau untuk kejohanan pada hujung bulan ini. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pasukan Harimau Malaya



Dalam perlawanan tersebut, Malaysia lebih dominan dan mengawal permainan dengan hantaran pendek dan sekali sekali melakukan hantaran jauh.  

Malaysia membuka tirai jaringan pada minit ke-11 menerusi ketua pasukan, Faisal Halim. Harimau Malaya terus garang dengan serangan demi serangan untuk memburu jaringan kedua. 

Lee Tuck yang pertama kali membuat penampilan bersama Harimau Malaya terus memberi aksi terbaik dan berjaya meledak jaringan pertama peribadi pada minit ke-36.  

Malaysia terus mengukuhkan kedudukan apabila Faisal sekali lagi menceriakan penonton di stadium untuk gol ketiga buat tuan rumah.  



Separuh masa kedua, Pan-gon banyak melakukan pertukaran bagi memberi peluang kepada pemain lain dan corak permainan juga mula berubah tidak sama seperti sebelum itu. 

Malaysia peroleh jaringan keempat d hujung permainan menerusi Stuart Wilkin

Kemboja dilihat bergelut untuk mempamerkan corak permainan mereka namun selepas melakukan beberapa pertukaran, mereka mula menyerang dan hampir mendapatkan jaringan. 

Kedudukan 4-0 kekal sehingga tamat permainan. Malaysia kini dalam persedian menghadapi saingan Piala AFF Mitsubishi pada hujung bulan Disember 2022 ini. - KitaReporters


Kredit Foto :FB FAM

11
11
0
9
0
You will be interested