Seni & Sukan 14 Jul, 2025

Bicara Seni| Reunion Adik Manja! Dharma-Noor Kumalasari sudah! Othman Hafsham bila? Ada peluang job?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.



Setelah berlaku ‘reunion’ pelakon utama filem ‘Adik Manja’, Dharma Harun Al- Rashid dan Noorkumalasari, perlu dilakukan satu lagi ‘reunion’ antara Dharma dan pengarah filem itu Othman Hafsham.

Kehadiran Othman pasti boleh mengurangkan kemurungan Dharma. Othman mungkin boleh memberi tawaran berlakon untuk Dharma dalam rumah produksinya Cinematic Sdn Bhd yang kini diusahakan oleh anaknya, Shamyl.

Sebelum ini, Dharma sudah diberi peluang kembali berlakon oleh Datuk A Aida untuk diberi peluang berlakon dalam drama di bawah terbitan rumah produksinya A Aida Production.

Othman Hafsham atau nama sebenarnya Othman Shamsuddin, 85, yang juga pelakon dan penulis skrip berbakat pasti mempunyai banyak cerita mengenai filem ‘Adik Manja’. 

Misalnya, mengapa dia mengandingkan pelakon popular ketika itu, Noor Kumasari dengan Dharma yang ketika itu masih mentah dalam lakonan dan tinggal di Ipoh, Perak?



Jika kunjungan  Noor Kumalasari diusahakan oleh stesen radio Kool 101 dan kunjungan Roy Azman diusahakan oleh stesen radio Era FM, maka kunjungan Othman perlulah diusaha oleh badan penyiaran lain.

Mungkin RTM menjadi stesen penyiaran yang boleh membantu. Kunjungan Othman itu boleh dijadikan bahan promosi kerana RTM mempunyai beberapa program untuk insan seni seperti yang terbaharu di HTV TV2 setiap Ahad jam 11 pagi. Malah kunjungan Hafsham itu juga boleh menjadi bahan dalam siaran berita RTM.

Ia juga sebagai penghormatan kepada Othman setelah dianugerahkan dengan anugerah ‘Tokoh Seri Angkasa 2024’.

Othman Hafsham kini terpaksa menggunakan kerusi roda dan bertongkat.


Othman yang dikenali sebagai ‘raja siri komedi’ banyak membentuk beberapa pelakon menjadi popular.

Antaranya membantu Susan Lancester boleh berbahasa Melayu dengan baik melalui filem ‘Mekanik’ pada 1983. Dan dalam siri komedi ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ Hafsham berjaya membentuk pelakon seperti Angeline Tan dan Sathiya semakin baik penguasan Bahasa Melayunya.

Siti komedi ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ pula bertahan di stesen penyiaran TV3 selama 19 rahun (1985-2004).

Pertemuan Dharma dan Hafsham perlu dilakukan dengan berhemah. Ini kerana Othman kini sudah tidak kuat berjalan dan menaiki tangga. Dia memerlukan  bantuan tongkat untuk berjalan.

Othman adalah antara insan seni berbakat dan berwibawa yang tersisih daripada daripada menerima anugerah Datuk.

Hafsham mengarahkan drama komedi 'Karipap Karipap Cinta' terbitan Cinematic

Othman Hafsham, pengarah yang dikenali ramai ini pernah mencapai anugerah Pengarah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia kali ke-4, 1983 dan kali ke-7, 1987. 

Selain itu, dia juga pernah mencapai anugerah penulis Skrip Terbaik pada Festival Filem Malaysia Pertama, 1980. Antara filem arahannya ialah ‘Adik Manja’ (1980), ‘Mekanik’ (1983), ‘Rahsia’ (1987), ‘Ujang’ (1989), ‘Driving School’ (1990), ‘Soal Hati’ (2000) dan ‘Soalnya Siapa?’ (2002).

Diharap setelah menerima beberapa anugerah perfileman dan TV  termasuk terakhir ‘Tokoh Seri Angkasa’ di Anugerah Seri Angkasa pada Oktober 2024 membuat Othman akan tersenarai sebagai penerima gelaran Datuk sebelum akhir hayatnya.

Othman yang lahir pada 18 Disember 1939, akan menginjak usia 86.

Kesian kita mendengar nama beberapa bintang seni menerima gelaran selepas kematian mereka. P Ramlee menerima gelaran Tan Sri setelah 17 tahun kematiannya. 

Sementara Sudirman hanya memperolehi gelaran Datuk setelah 17 tahun kematiannya iaitu pada tahun 2009 daripada Sultan Pahang. - KitaReporters


Shamyl  penyambung legasi Hafsham yang kini mengendalikan Cinematic

14
16
0
10
0
You will be interested