Seni & Sukan 22 Nov, 2022

Video| ND Lala, isteri saksikan Shila separuh akhir GV9! Hapuskan spekulasi rumah tangga bermasalah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

SELAMA sembilan minggu Shila Amzah bertanding dalam Gegar Vaganza 9 (GV9), tidak pernah ibu bapanya muncul sebagai penonton di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Namun pada peringkat separuh akhir atau minggu kesepuluh, Shila terkejut apabila mendapati ayahnya ND Lala atau Datuk Amir Amzah Salleh, 61, bersama ibunya  Datin Fauziah Sarman dan adiknya Nur Syuhada duduk di kerusi paling depan di belakang juri bagi memberi sokongan terhadapnya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Shila Amzah

Shila terharu apabila ayahnya, ND Lala dan ibunya, Fauziah datang menyaksikan dia beraksi dalam separuh akhir GV9



Kelibat pelakon dan penyanyi era 1980-an ini kerap dirakam kamera kerana duduk di tempat duduk penonton paling depan iaitu belakang kerusi juri.

Sesekali terlihat wajah bahagia dan bangga ND Lala yang popular dengan lagu-lagu bercorak komedi dan bermesej ini ketika menyaksikan persembahan penuh bertenaga Shila ketika menyanyikan lagu ‘Sang Dewi’.

Shila sebelum keluar ke belakang pentas usai mengadakan persembahan segmen solo sempat mengucapkan terima kasih buat kedua-dua ibu bapanya.

“Terima kasih papa, mama,” ucapnya ringkas.



ND Lala merupakan individu yang bertanggungjawab menentukan karier Shila sebagai penyanyi dan melangkau sehingga ke luar negara (China).

Kemunculan ND Lala bersama isterinya pada malam separuh akhir GV9  memadam spekulasi kegoyahan rumah tangga pasangan yang berkahwin pada 1989 itu.

Pada Mac 2022, rumah tangga dibina pasangan yang memiliki empat orang cahaya mata itu didakwa goyah dan dikatakan sudah bercerai.

Bagaimanapun, Shila menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan, ibu bapanya sedang melalui fasa sukar selepas 33 tahun berkahwin. - KitaReporters


9
8
0
12
0
You will be interested