Seni & Sukan 24 Dec, 2023

Video| Tahniah Syafie, Afiqah! Tiada gosip, tiada angin, terus buat kejutan! Selamat diijabkabulkan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Tanpa gosip dan tiada angin, pelakon Syafie Naswip, 31, menamatkan zaman bujangnya pada Sabtu, 23 Disember 2023.

Syafie atau nama asalnya Muhammad Syafie Naswip hanya mengumumkan kepada peminatnya dalam Instagram (IG) pada Jumaat, 22 Disember agar mengikuti pengumumannya pada keesokan hari.



Dan pada pagi Sabtu, 23 Disember 2023, IG Syafie membuat kejutan dengan membuat siaran langsung majlis penikahan Syafie dengan Nur Afiqah Ishak.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Ishak Hamzah dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Sepang dengan sekali lafaz. Syafie menyerahkan mas kahwin RM300. 

Dalam rakaman video itu, Syafie kelihatan menangis ketika melafaz akad taklik.

Majlis berlangsung di Dewan Walqadry, Putrajaya pada kira-kira jam 11 pagi. Sejumlah saudara mara dan kenalan turut hadir.



Syafie bermula sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 12 tahun pada 2006 melalui filem ‘Muksin’ arahan Yasmin Yusof. Sementara Nur Atikah selain seorang pelakon juga menjadi model dan pempengaruh (influencer). 

Kedua-duanya menjalin cinta ketika bertemu dalam satu penggambaran dan hubungan dilakukan secara rahsia.

Shafie kini banyak berlakon dalam drama bercorak komedi. Dia merupakan salah seorang pelakon siri komedi ‘Apartmen Putra’ terbitan RTM yang sudah memasuki musim ke-5. - KitaReporters



15
15
0
14
0
You will be interested