Seni & Sukan 22 Aug, 2022

Video| Liga Perdana 2022: Kelantan FC gagal kutip 3 mata penuh! Seri 2-2 dengan Terengganu FC II!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Kelantan Football Club (FC) gagal mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan Liga Perdana 2022 semasa bertemu Terengganu FC II apabila sekadar mencatat keputusan seri 2-2 sahaja dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV pada petang tadi, 21 Ogos 2022. 

Turun bermain di halaman sendiri dengan misi untuk mengutip tiga mata penuh ternyata memberi semangat kepada pemain dan Kelantan bermain dengan baik.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Liga Perdana


Kredit foto: FB MFL 


Penjaring terbanyak pasukan Kelantan, Nurshamil Abd Ghani membuka tirai jaringan seawal minit ke-5 untuk meletakkan tuan rumah mendahului perlawanan.  

Kelantan terus mengasak ke kubu Terengganu II dan penonton tuan rumah sekali bersorak gembira apabila Dzulfahmi Abdul Hadi meletakkan Kelantan 2-0 di hadapan pada minit ke-12. 

Terengganu II yang agak terkejut dengan jaringan awal itu cuba perkemaskan permainan serta melancarkan kembalikan serangan untuk mencari gol.  

Berpunca daripada sepakan sudut, Wan Fazli Wan Ghazali berjaya menanduk masuk hasil sepakan penjuru rakan sepasukan untuk gol pertama Terengganu II pada minit ke-33.  

Belum sempat Kelantan FC mengatur kembali permainan mereka, Wan Fazli sekali lagi mendiamkan sorokan tuan rumah untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-39 apabila sepakan luar kotak penalti gagal diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan FC.  



Terikat kedudukan 2-2 pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan cuba melakukan beberapa perubahan taktikal untuk mencari gol tambahan terutama Kelantan kerana mereka sangat memerlukan tiga mata penuh untuk memastikan Piala Liga Perdana tidak jatuh ke tangan pasukan lain.  

Namun pertahanan Kelantan dan Terengganu II berjaya bertahan sehingga tamat perlawanan dan mereka terpaksa berpuas hati dengan 1 mata sahaja. 

Berbaki dua perlawanan sahaja lagi, Kelantan FC kini mengumpul 36 mata,  6 mata di hadapan JDT II namun JDT II masih kekurangan dua perlawanan. - KitaReporters 



20
12
0
12
0
You will be interested