Seni & Sukan 11 Jan, 2023

Video| Sawadikap Thailand! Terbaik Ultras Malaya! FIFA tabik semangat sukan penyokong Harimau Malaya!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


KEKALAHAN skuad kebangsaan ke atas Thailand secara aggregat 3-1 dalam aksi perlawanan kedua separuh akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 tidak menghalang penyokong Harimau Malaya memberi hormat kepada pasukan tuan rumah dengan menyanyi lagu “Sawadikap Thailand” sehingga menarik perhatian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menerusi video yang dimuat naik oleh FIFA dalam laman Twitter, FIFA tertarik dengan budaya bola sepak yang ditonjolkan oleh penyokong bola sepak negara walaupun tewas dengan memuat ciapan berserta hashtag #FootballUnitesTheWorld.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyokong-penyokong


“The Beautiful Game. Penyokong Malaysia tetap menunjukkan rasa hormat kepada pasukan Thailand meskipun tewas dalam Piala AFF,” ciapnya.

Rata-rata pengguna media sosial yang terdiri daripada peminat bola sepak negara berasa bangga dengan sikap penyokong di stadium tuan rumah kerana telah mengharumkan nama negara.

“Ultras Malaya di peta dunia dan mendunia,” kata @ashrafbazain.

“Rasa bangga Ultras Malaya mendapat penghargaan dari FIFA. Selamanya Harimau Malaya, 11 mesin terbaik, pemain ke 12 memang hebat,” ujar @VirgoDesire.

“Penyokong terbaik di Asia,” jelas @deneladmr. - KitaReporters


18
8
0
12
0
You will be interested