Seni & Sukan 29 Sep, 2022

Video| Bilal genap 8 bulan! Wajah anak Neelofa masih jadi misteri! Peminat panasaran, kena bersabar!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Neelofa dan PU Ritz masih tidak memberi tontonan langsung wajah Bilal.


Muhammad Bilal Muhammad Haris genap 8 bulan pada hari ini, Khamis, 29 September 2022

Namun pasangan Neelofa dan PU Riz tetap tidak berhasrat untuk memperlihat wajah anak sulung mereka. Ini membuat orang ramai semakin panasaran

Mereka perlu menunggu beberapa bulan lagi Ini kerana Noor Neelofa Mohd Noor, 33, dan Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, tetap dengan pendirian tidak akan menyiar gambar anak secara jelas dalam media sosial. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan selebriti Neelofa



Setakat ini pasangan suami isteri selebriti itu hanya membuat orang ramai panasaran dengan hanya menyiarkan gambar wajah Bilal secara sipi termasuk ditutup dengan emoji.

Antara yang tidak sabar untuk melihat wajah Bilal ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin. Dalam kiriman ke Instagram, Tok Ti melihat pipi Bilal gebu dan mempunyai iras anaknya Muhammad Afwa.

Menurut Neelofa orang ramai akan melihat wajah Bilal ‘tidak lama lagi’. Namun dia tidak menjelaskan tarikh tepatnya. 

Menurut Neelofa, dia mahu anak kesayangannya itu membesar secara normal seperti mana kanak-kanak yang lain

“Setakat ini alhamdulillah Bilal membesar dengan baik. Sebagai ibu saya teruja untuk berkongsi yang dia sekarang sudah pandai merangkak.

“Ya saya sedar ada yang masih mempertikai mengenai wajah Bilal dalam media sosial, jadi bahan gurau dan sebagainya. Tapi saya percaya di dalam komen tersebut juga terselit doa kesejahteraan anak saya,” kata kepada petugas media.


Bilal ketika berusia 6 bulan

Dalam pada itu, Neelofa tidak akan menghalang jika ada peminat mendekati untuk melihat wajah Bilal jika terserempak di tempat awam. 

“Sebolehnya saya tak mahu sekat pembesaran dia, biarlah sama dengan kanak-kanak lain. 

Malah, tidak lama lagi saya dan suami akan bawa dia melancong buat pertama kali.

“Saya pun akui dia akan terdedah dengan persekitaran luar. Saya pun tak halang kalau ada sesiapa terserempak lalu tatap wajahnya. Cuma kebanyakannya faham dan menghormati privasi,” katanya.

Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharu keluaran syarikatnya iaitu Nilofa Plus yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa, 27 September 2022.



Bilal juga dijangka akan tinggal di Arab Saudi untuk tempoh tertentu mulai awal tahun 2023 atau setelah genap usia setahun. 

Ini kerana PU Ritz akan melanjutkan pengajian peringkat sarjana di Universiti Madinah, Arab Saudi, sementara Neelofa akan mengikuti kursus jangka pendek belajar bahasa Arab. - KitaReporters


15
16
0
15
0
You will be interested