Seni & Sukan 15 Jun, 2021

SOP PKPD: Polis hargai pematuhan penduduk Besut! Lalui 5 fasa PKPD! Dilanjutkan hingga 18 Jun!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Abdul Rozak Muhammad


POLIS Daerah Besut menghargai kerjasama penduduk daerah itu berikutan tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diamalkan dalam menghadapi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang masih berkuat kuasa di daerah itu. 

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, ukuran tahap pemantuhan di daerah itu mencapai tahap 97 peratus, ini dapat dibuktikan dengan 255 kes individu dikenakan saman ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) fasa pertama.

Namun bagi PKPD fasa kedua pula, katanya, hanya 98 kes yang dikenakan saman, termasuk masing-masing 36 kes tidak memakai pelitup muka dan merentas negeri.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Abdul Rozak Muhammad

Penduduk bertindak ganas membakar kon plastik yang dijadikan penghadang laluan tikus di sempadan Besut-Pasir Puteh,Kelantan


Beliau mengakui PKPD fasa pertama penduduk terbabit merasakan kehidupan mereka tertekan kerana tidak bebas bergerak malah ia pengalaman pertama yang dihadapi penduduk dalam suasana perintah berkenaan. 

Selepas memasuki beberapa fasa saya angkat ibu jari memuji sikap penduduk daerah itu yang tidak lagi melanggar SOP sebagaimana ketika mula-mula PKPD dilaksanakan di daerah itu,” katanya ketika berkeudaraan di Radio Terengganu FM pada Ahad 13 Jun 2021.



Beliau berkata, penduduk daerah Besut menghadapi lima fasa PKPD iaitu fasa pertama membabitkan Mukim Pasir Akar, Mukim Hulu Besut (kedua), RAKR Pelagat Tiga (ketiga) Mukim Pelagat (keempat)  dan kelima membabitkan keseluruhan daerah Besut.

Katanya, ketika peringkat awal pelaksanaan PKPD, polis daerah itu mengesan banyak lorong tikus  yang digunakan untuk merentas sempadan antara daerah Besut bersempadan dengan Pasir Puteh, Kelantan.


Polis Daerah Besut membuat Pemereksaan terhadap  kenderaan di pintu masuk sempadan Besut-Pasir Puteh,Kelantan


“Ketika itu kebun buah antara laluan paling digemari penduduk di daerah ini untuk merentas negeri atau daerah,” katanya.

Selain itu, katanya, laluan di ladang kelapa sawit, sawah padi dan kawasan semak samun turut menjadi pilihan penduduk  untuk melakukan aktiviti melanggar SOP tersebut.

Beliau berkata, kebiasaannya ia digunakan mereka yang bermotosikal dan berjalan kaki untuk pelbagai tujuan yang tidak munasabah.

Abdul Rozak berkata, sehingga ini polis daerah itu mengesan sebanyak 32 lorong tikus dibina oleh penduduk di sempadan kedua-dua daerah terbabit.

"Lebih malang lorong tersebut turut digunakan oleh penagih dadah untuk membeli dan mengedar dadah. Ini dapat dibuktikan dengan tangkapan satu kes berkaitan pengedaran pil kuda ke Kelantan," katanya.


Antara penghadang lorong tikus yang menjadi laluan penduduk yang dirosakkan oleh pihak tidak bertanggujgjawab


PKPD di 15 mukim di Besut yang sepatutnya berakhir 4 Jun lalu, dilanjutkan sehingga 18 Jun 2021.

Mukim-mukim terlibat ialah Kampung Raja, Keluang, Lubuk Kawah, Bukit Kenak, Pelagat, Jabi, Tembila, Kerandang, Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Kuala Besut, Pasir Akar, Kubang Bemban, Tenang dan Hulu Besut

Keputusan itu dibuat selepas penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan masih terdapat penularan kes berlaku di lokaliti itu. - KitaReporters


3
2
3
2
3
You will be interested