Gaya Hidup 23 Jun, 2021

Berita Terkini| Bapa muda direman 5 hari! Beri minuman arak kepada bayinya berusia 5 bulan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

SUSPEK lelaki berusia 20 tahun (kiri) yang memberikan anaknya berusia 5 bulan minum arak di dalam tin direman lima hari Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang. - Kredit foto: Utusan Malaysia


LELAKI yang ditahan selepas dipercayai memberi anaknya yang hanya berusia lima bulan minum arak di sebuah rumah flat di Teluk Bahang, Pulau Pinang ditahan reman lima hari bermula hari ini, Rabu sehingga Ahad, 27 Jun 2021.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 20 tahun itu dikeluarkan Majistret Khalijah Mohd. Khalid di Mahkamah Majistret Balik Pulau.

Suspek yang memakai baju-T berwarna hitam dan berseluar jeans itu dibawa ke mahkamah berkenaan dalam keadaan kedua-dua tangannya bergari.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, penahanan reman ke atas suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Tempoh reman bermula hari ini dan polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berlaku,” katanya seperti dipetik oleh Utusan Malaysia pada Rabu, 23 Jun 2021.

Semalam (22 Jun 2021), polis membuat tangkapan ke atas suspek selepas menerima laporan berhubung penyebaran video yang memaparkan tindakan lelaki itu dipercayai memberikan bayinya berusia lima bulan meminum arak daripada bekas di dalam tin. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

6
2
3
2
7
You will be interested

Video| 1 pentas, 3 juara, 3 penyanyi otai, 3 bakat baharu! Siapa Terpaling Juara? Jom kita saksikan!

1 pentas, 3 juara AJL, 3 penyanyi otai, 3 bakat baharu, begitulah aturan program realiti nyanyian terbaharu TV3, ‘Terpaling Juara’ yang bermula 21 Ogos 2022

Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Faztival Fazura 2022! Fazura impikan kumpul artis-artis pilihannya! Kini jadi satu realiti!

Fazura anjur konsert Faztival Fazura 2022 di Arena Axiata Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 11 Sept 2022. Himpunkan ramai artis terkenal tempatan dan dari Indonesia
Fariza Saidin in Gaya Hidup 19 hours ago

Video| Konsert Rakyat Melaka lakar sejarah! 5 bintang legenda, 4 artis baharu! Di MITC 3 Sept 2022!

5 bintang legenda, 3 artis pelapis baharu, 1 berkumpulan di Konsert Rakyat Melaka pada 3 Sept 2022 sempena sambutan ulang tahun kelahiran Yang Di-Pertua Negeri
Fariza Saidin in Gaya Hidup 20 hours ago

Video| Suara kuntilanak jadi viral! Netizen tak bersetuju! Digunakan untuk takutkan kanak-kanak!

Tular audio suara kuntilanak yang merupakan suara mengilai seakan pontianak yang digunakan untuk kacau kanak-kanak. Ramai netizen tidak setuju dengan trend ini
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 1 day ago

Jom Keluarga Malaysia! Buat saringan kesihatan! Pengesanan, pencegahan awal mampu selamatkan nyawa!

NKF Malaysia anjur Program Pengesanan Awal Dan Pencegahan Menyelamatkan Nyawa bagi beri peluang kepada rakyat untuk lakukan saringan kesihatan secara percuma
Mohamed Sa'ari in Gaya Hidup 1 day ago