Seni & Sukan 11 Jun, 2022

Video| Britney Spears kahwin lagi! Kali ketiga! Bekas suami ceroboh majlis dan cuba bikin kecoh!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Penyanyi terkenal Britney Spears, 40, dan tunangannya pelakon, Sam Asghari rasmi berkahwin pada Khamis, 9 Jun 2022 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat. Ia merupakan perkahwinan kali ketiga bagi Britney Jean Spears

Namun beberapa jam sebelum perkahwinan berlangsung, mantan suami pertama, Jason Alexander cuba menggagalkan perkahwinan bekas isterinya itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis perkahwinan

Britney dan Sam ahirnya berkahwin namun bekas suami pertama, Jason (kanan) cuba buat kacau. Kredit foto: TMZ



Jason datang ke rumah bekas isterinya dan mengatakan kepada pihak keselamatan bahawa dia diundang ke majlis tersebut.

Sambil melakukan Instagram Live, dia merakam situasi di mana dia tampak ingin melakukan tindakan tidak sopan pada hari perkahwinan ketiga Britney Spears.

Dia mendekati khemah berwarna merah jambu dan berkata,  "Jangan main-main denganku, bro. Aku sudah selesai. Jadi inilah bahagian dalam khemah, guys, pada perkahwinan cakap kosong ini."



Britney tunjukkan cincin pertunangannya


Lelaki  yang berkahwin dengan Britney hanya selama 55 jam pada 2004 itu kemudian masuk ke dalam rumah bekas isterinya. Tetapi  dia berjaya ditahan setelah polis yang dihubungi cepat bertindak.

"Jason Alexander telah digari dan ditahan. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang cepat bertindak," kata peguam Britney, Mathew Rosengart, kepada media Page Six.


Britney mengaku sudah mengandung April lalu.


Majlis perkahwinan yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri teman-teman terdekat Britney Spears.

Menurut laporan People, terdapat kira-kira 60 orang jrmputan, antaranya Drew Barrymore, Madonna, Paris Hilton dan Kathy Hilton.

Namun ayah dan adik Britney tidak hadir kerana berlaku perselisihan antara mereka. Di samping itu, kedua-dua anak lelaki Britney, Preston, 16, dan Jayden James,15, hasil perkahwinan keduanya juga tidak hadir.

Menurut Kevin Federline yang berkahwin dengan Britney pada 2004, kedua-dua anak itu merestui perkahwinan ibu mereka.

Britney mengaku sudah mengandung pada April 2022. - KitaReporters



7
19
0
10
0
You will be interested