Seni & Sukan 02 Jun, 2022

Malaysia 2-0 Hong Kong! Harimau Malaya lebih bersedia, agresif! Tapi pemain gantian kacau retak!

@mohd amirul fazli zulkafli
Pernah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


PERMAINAN lebih teratur dan 'high pressing' daripada Harimau Malaya membuktikan mereka kali ini berada pada tahap berbeza dan terus bersedia untuk mengaum dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.

Dalam perlawanan persahabatan menentang Hong Kong malam tadi, 1 Jun 2022, skuad kendalian Kim Pan-gon lebih agresif dan lebih banyak peluang berjaya dicipta.

Serangan bertali arus juga telah kucar-kacirkan pertahanan lawan sehingga ada beberapa pemain pertahanan Hong Kong terpaksa 'tackle' pemain Malaysia bagi menyekat mereka terus mara. 

Peluang demi peluang terhidang namum masih gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan biarpun penjaga gol Hong Kong telah tertewas.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bola sepak Piala Asia


Akhirnya jaringan pertama Malaysia hadir pada minit ke-31 apabila Safawi Rasid mudah menyempurnakan sepakan penalti setelah Akhyar Rashid dijatuhkan dalam kotak penalti. 

Skuad yang diturunkan pada malam ini sudah pasti akan membarisi skuad utama Malaysia menjelang perlawanan pertama menentang Turkmenistan pada 8 Jun 2022 nanti.

Jika dilihat separuh masa pertama, gerakan daripada Arif Aiman dan Akhyar Rashid begitu menjadi dan telah mencipta beberapa peluang terbaik. 

Dari segi bertahan, pertahanan Malaysia juga dilihat mudah mematahkan serangan Hong Kong dan menyukarkan pihak lawan untuk menebusi pertahanan Malaysia.



Pada separuh masa kedua, tidak cukup dengan 1 gol, Malaysia terus mempelbagaikan corak serangan dalam usaha mencari gol tambahan.

Pertukaran beberapa pemain telah menyebabkan tempo permainan Malaysia sedikit turun dan memberi peluang untuk pasukan Hong Kong mencipta beberapa peluang namum bernasib baik tiada gol daripada pasukan pelawat.

Kemasukan pemain kesayangan peminat bola sepak, Guilherme de Paula juga gagal memberi sengat yang diperlukan di bahagian serangan dan ia ada satu kerugian bagi pasukan yang sebelum itu tengah dalam mood menyerang. 

Kim Pan-gon perlu memikirkan beberapa alternatif bagi memastikan pemain yang dibawa masuk mampu mengekalkan tempo laju pasukan bukan mengacau 'game play' pasukan.

Gol kedua terhasil daripada sepakan percuma daripada Safiq Rahim dan ia membuktikan sepakan percuma beliau masih berbisa. 

Secara keseluruhan, pasukan Harimau Malaya dilihat berada pada tahap terbaik terutama pemain utama yang diturunkan dan ini memberi sedikit sinar kepada Malaysia untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Kehadiran penonton lebih 19,000 dalam perlawanan tersebut. - KitaReporters


10
15
0
13
0
You will be interested