Seni & Sukan 19 May, 2022

Video| Patut kena hempuk! Pejalan kaki hampir dirempuh! Penunggang motosikal langgar lampu merah!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


PENUNGGANG motosikal atau kereta sering kali tidak membantu pejalan kaki yang ingin melintas di laluan melintas yang disediakan. Sesetengah pengguna jalan tetap jalan walaupun mengetahui bahawa lampu isyarat telah hijau khas buat pejalan kaki.

Tular sebuah video memaparkan pejalan kaki yang sedang melintas tidak diberi peluang untuk melintas oleh seorang penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pejalan kaki


Ketika kejadian, pejalan kaki yang ingin melintas telah dihalang oleh penunggang motosikal yang tak bertanggungjawab. 

Oleh sebab itu, pejalan kaki tersebut yang berasa sangat marah dengan tindakan penunggang motosikal ini lalu menghayunkan plastik beg yang dipegangnya ke arah penunggang tersebut.



Para netizen yang melihat video ini menyokong tindakan pejalan kaki ini yang melakukan tindakan tersebut dan memang patut dihempuk di atas tindakannya

Tolong!! Beri laluan kepada pejalan kaki, jangan pentingkan diri sendiri ya semua. - KitaReporters

17
15
0
15
0
You will be interested