Seni & Sukan 30 Mar, 2020

TAKUTNYA?? HELMET VIRUS COVID-19 POLIS INDIA

@dsa wahab
Bekas wartawan di Kumpulan Media Karangkraf & Akhbar Cabaran Sinar Harian.

Share this
JIKA kreatif... bijak membawa pendekatan baharu atau boleh melakukan sesuatu yang memberi impak kepada masyarakat nescaya dalam sekelip mata pasti popular. Helmet berbentuk virus pandemik penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19) yang digunakan seorang polis di India semakin menjadi tular. : KitaReporters

Berceracak... menggelikan. Polis India yakin melalui usaha ini rakyatnya mula sedar. - Kredit foto - metro.co.uk


Hasil kerja tangan artis India, Gowthan bersama seorang Inspektor Polis Rajesh Babu, berjaya menggabungkan daya kreatif yang tinggi dan mainan psikologi untuk berdepan dengan orang ramai dalam usaha menangani Covid-19 ini.

Mereka yakin, melalui pendekatan baru ini dapat menyedarkan orang ramai untuk terus berada di dalam rumah sempena pengisytiharan darurat di negaranya.

Tanggungjawab digalas Rajesh Babu untuk memakai topi keledar yang direka seperti virus itu untuk menakutkan orang ramai setiap kali bertugas membuat rondaan.
India telah mengisytiharkan pada Selasa 24 Mac 2020, bahawa mulai Rabu, 25 Mac 2020 negara itu berada dalam keadaan ‘lockdown’ selama 21 hari untuk mengehadkan penyebaran Covid-19.

Kehadiran Rajesh Babu untuk mengarahkan orang ramai setiasa berada di rumah dan bukan di atas jalan raya.


Berdasarkan perkongsian Asian News International, kehadiran Rajesh Babu lebih kepada menarik perhatian pemandu-pemandu kenderaan yang perlu diberikan kesedaran tentang pentingnya tinggal di rumah.
Menurut Rajesh, pihak polis telah mengambil beberapa langkah dalam memastikan orang ramai peka tentang masalah dunia ini tetapi masih ada orang yang berada di jalanan.
“Disebabkan kedegilan itu, topi keledar berbentuk virus Covid-19 ini dicipta sebagai salah satu langkah untuk memastikan orang ramai mengetahui keseriusan polis dalam menghentikan rangkaian virus itu.
“Helmet ini adalah percubaan untuk melakukan sesuatu yang berbeza. 

"Apabila saya memakai ini, pemikiran tentang wabak Covid-19 datang ke dalam minda pemandu dan penumpang.

“Ramai yang teruja untuk melihat dengan lebih dekat, malah ada juga yang takut terutama kanak-kanak selepas melihat saya beraksi dengan helmet ini, sekali gus mahu cepat pulang ke rumah,” katanya.

Helmat itu memang nampak mengerikan. Kanak-kanak antara yang paling menunjukan rasa takut.


Sementara itu, memetik Kementerian Kesihatan India, berdasarkan maklumat terkini sehingga Ahad, 29 Mac 2020, jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 27 orang dan kes jangkitan mencecah 1,024 orang.

Menurut pegawai kementerian itu, setakat ini, 96 pesakit dibenarkan keluar hospital, manakala jumlah kes aktif adalah sebanyak 901. - KitaRerporters



0
0
0
0
0
You will be interested