Seni & Sukan 02 May, 2022

Video| Selamat Hari Rayayayayaya! Daripada The Jebats! Lagu raya Ayda Jebat dan adik beradiknya!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Untuk memeriahkan Hari Lebaran 2022, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat (Nur Suhada Jebat), 30, merakamkan sebuah lagu raya

Ayda yang mempunyai diploma seni muzik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencipta melodi dan lirik lagu ‘Hari Rayayayayaya’.

Bagaimanapun untuk memberi kesan lebih menarik, Ayda berfikir lagu itu lebih sesuai dinyanyikan secara beramai. Lalu Ayda mengundang dua adiknya Fina (Shafyna) dan Sabira untuk mendendangkan lagu itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lagu-lagu raya


Ayda (kanan) berjaya pujuk adik-adiknya Fina dan Sabira untuk turut mendendangkan lagu "Hari Rayayayayaya"

Sekitar 10 tahun lalu mereka pernah menjadi penyanyi berkumpulan ketika zaman persekolahan dikenali sebagai kumpulan SASSU

Walaupun sibuk dengan tugas masing-masing, namun mereka bersetuju dengan cadangan Ayda untuk menyanyi bersama lagu ‘Hari Rayayayayaya’. Lebih membanggakan adik bongsu lelaki, Danial turut menyanyi beberapa rangkap.

Mereka lalu bergerak dari Melaka untuk membuat rakaman di sebuah studio di ibu kota dan rakaman video muzik baru-baru ini.

Kejayaan mengumpul kesemua empat beradik keluarga Jebat membolehkan mereka dikenali sebagai The Jebats.



Lagu dan video muzik (MV) ‘Hari Rayayayayaya’ mempunyai melodi, lirik dan susunan muzik santai yang cepat menangkap pada pendengaran. 

Kejayaan mengumpulkan keempat-empat beradik ini membolehkan The Jebats muncul untuk album selanjutnya. MV ‘Hari Rayayayayaya’ mula ditayang dalam Youtube sejak Jumaat, 29 April 2022 lalu. Setakat hari Isnin, 2 Mei 2022 telah ditonton lebih 347 ribu kali.

Menurut Ayda, MV single ‘Hari Rayayayaya’ boleh dianggap permulaan dan berharap dapat mengeluarkan single komersial bersama adik-beradiknya lagi.

Tambahnya, konsep MV bertemakan tahun 60-an selari dengan genre single raya ini. Dia memasukkan elemen komedi seperti elemen viral Datuk Seri Vida serta adegan Pak Maon singgah ke rumah terbuka The Jebats. - KitaReporters



15
11
0
12
0
You will be interested