Gaya Hidup 17 Mar, 2022

Video| Nama unik! Suami isteri beri nama anak guna satu abjad! V, J, L dan N! Anggap bawa rezeki!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Memilih nama anak yang unik biasanya menggunakan nama yang agak unik dan biasanya pasangan suami isteri akan memilih nama yang agak panjang.

Namun ini berbeza bagi pasangan suami isteri Sukari, 46, dan Wahyuningsih, 36, dari Dusun Tapak Lembu, Desa Temuasri, Kecamatan Sempu, Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia. 

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan nama anak


Keempat-empat anak cuma diberi nama satu abjad atau huruf iaitu V, J, L dan N.

Anak pertama, V, seorang perempuan berusia 16 tahun, sementara anak kedua, lelaki kini berusia 11 tahun. Anak ketiga dan keempat juga perempuan berusia 5 dan 2 tahun.

Menurut Sukari, setiap kali mendaftarkan nama anaknya, pihak petugas pejabat pendaftaran akan bertanya kenapa hanya menggunakan nama sedemikian dan apabila diberi tahu mereka akan tersenyum atau ketawa.

Begitu juga apabila mendaftar anak-anak ke sekolah ditanya kenapa beri satu huruf sahaja. Orang-orang kampung juga sering mengemuka pertanyaan yang sama, kata Sukari kepada Detik.com, Selasa, 15 Mac 2022. 



Sukari adalah lulusan sarjana Fakulti Psikologi Politik, Universiti Muhammadiyah, Yogyakarta tahun 2000. Sukari berharap anak-anaknya yang bernama unik akan menjadi manusia berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara.

Menurut Sukari, nama singkat anak-anaknya itu justeru mendatangkan rezeki tersendiri.

Keempat-empat anaknya tidak pernah mengalami sakit teruk dan menganggap nama singkat itu menyebabkan si anak tidak ‘berat’ membawanya.

Membanggakan pasangan suami isteri ini, anak pertama dan kedua mempunyai pencapaian cemerlang dalam bidang pendidikan dan memenangi beberapa pertandingan bidang akademik dan sukan.

Jika diizin mempunyai anak lagi, Sukari dan Wahyuningsih, bercadang untuk tetap menggunakan abjad sebagai nama anak.

Namun kedua-duanya belum merancang abjad yang akan diguna anak seterusnya.

Dalampada itu, kedua-duanya hanya bercadang untuk mempunyai maksimum anak 12 orang, masih kurang separuh daripada jumlah abjad iaitu 26. - KitaReporters


10
11
0
12
0
You will be interested

Indahnya Pengorbanan! TV2 tampilkan 11 program menarik sepanjang 4 hari! Raikan Raya Aidiladha!

Sempena Hari Raya Aidiladha, RTM menerusi saluran TV2 bakal sajikan 11 program terbaik yang bersiaran 4 hari berturut-turut mulai 9 Julai hingga 12 Julai 2022

Fariza Saidin in Gaya Hidup 16 hours ago

Video| Isu kesihatan mental! Ilham Ajai cipta lagu "Rasa Tak Menipu"! Lagu terbaharu untuk Hazama!

Selepas fasa pandemik, saya terpanggil untuk ketengahkan isu kesihatan mental kerana ia sangat bahaya. Semua pernah melaluinya erasaan kehilangan yang tersayang
Fariza Saidin in Gaya Hidup 7 hours ago

Video| Comel sangat! Ini kereta Kancil ke Minion? Sangat cantik dan unik! Ramai yang terpikat!

Tular video sebuah kereta Kancil dilihat di atas jalan raya dengan gaya yang sangat comel dan menawan hati semua orang. Kelihatan seperti karakter kartun Minion
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 10 hours ago

Video| Biadab! Memalukan! Polis, pejabat agama sila bertindak! 2 lelaki peluk pelayan restoran!

Tindakan dua lelaki peluk seorang wanita di restoran di Kampung Saujana, Setiu undang kemarahan orang ramai kerana anggap aksi tersebut biadab, amat memalukan
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 13 hours ago