Seni & Sukan 07 Jan, 2022

Video| Aweera sertai misi bantuan mangsa banjir! Walaupun sibuk dengan GV8! Rasa puas berbakti!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

SIMPATI dengan mangsa banjir yang menyentuh hati penyanyi Aweera, 30, menyebabkan dia sanggup turun padang membantu di tengah-tengah kesibukannya membuat persediaan dal;am menyertai pertandingan realiti Gegar Vaganza 8 (GV8) minggu ke-8 pada Ahad, 9 Januari 2022 ini. 

Aweera yang nama asalnya Nasharul Aweera Norhissham menyertai kumpulan sukarelawan Projek Jalinan Kasih 6.0. Dia berpuas hati menyertai kumpulan sukarelawan bagi memberi sumbang bakti semampunya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukarelawan


Aweera bersama kumpulan sukarelawan melakukan kerja amal di projek amal di Kampung Sri Tanjung, Dengkil, Selangor. - Kredit foto: Astro Gempak

Aweera bersama kumpulan sukarelawan di Kampung Sri Tanjung, Dengkil, Selangor. - Kredit foto: IG aweera

Pada Isnin 3 Januari 2022 lalu,  Aweera bersama kumpulan sukarelawan itu mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Sri Tanjung, Dengkil, Selangor.

Menurut Aweera mereka berjaya mengutip lebih RM4,000 hasil sumbangan kelab peminat Aweera termasuk orang ramai.


Selain wang tunai, mereka turut menerima barangan keperluan seperti telekung, al-Quran dan lampin pakai buang.

"Hasil wang tunai yang kami terima digunakan untuk membeli bekalan makanan, barangan elektrik, bantal, selimut dan barang-barang keperluan lain," katanya.

Aweera turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan misi tersebut termasuk memberikan kenderaan pacuan 4 roda untuk misi kemanusiaan itu.


Aweera kekal dengan imej rocknya. - Kredit foto: IG aweera


Pada minggu ke-8 iaitu peringkat suku akhir GV8, Aweera diberi lagu berjudul ‘Dia’ yang dipopular oleh Rody Rony. Aweera adalah antara enam peserta yang dijangka memasuki peringkat akhir GV8. 

Aweera yang merupakan penyanyi kumpulan Mojo dan berasal dari Perlis mula bergiat sebagai penyanyi sejak tahun 2009.

Pada minggu ke-7, GV8, juri, Hetty Koes Endang memuji suara mantap Aweera ketika diminta mendendangkan lagu ‘Fantasia Bulan Madu’ yang dipopular Amy Search. Hetty turut menyanyi bersama. - KitaReporters


 

11
5
0
9
0
You will be interested