MELANGKAHke dewan bagi menduduki peperiksaan semestinya menjadi saat yang mendebarkan! walaupun telah membuat persiapan debaran berkenaan pasti dirasai.
Namun berbeza di Jepun apabila beberapa pelajar berdepan detik mendebarkan pada saat menduduki peperiksaan tersebut.
Bukan kerana 'takut' menghadapi peperiksaan sebaliknya mereka berdepan saat menakutkan apabila berlaku serangan pisau oleh individu yang tidak dikenali.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan keganasan
Beberapa pelajar sekolah menengah yang menduduki peperiksaan kelayakan kemasukan ke universiti di Tokyo, dilaporkan cedera dalam satu kejadian serangan pisau.
Menurut stesen siaran awam, NHK, tiga pelajar berada dalam keadaan sedar selepas seorang pelajar lain menikam mereka dengan menggunakan objek tajam ketika sedang berkumpul untuk mengambil peperiksaan itu pada waktu pagi.
Memetik laporan akhbar Asahi, suspek kini telah ditahan oleh pasukan keselamatan. Sangat mengejutkan apabila suspek yang ditahan adalah seorang remaja lelaki yang berusia 17 tahun dan masih bergelar pelajar.
Situasi menakutkan menjadikan keadaan huru-hara apabila tiga pelajar menjadi mangsa dalam serangan pisau.
Kini, semua mangsa tersebut yang menjadi mangsa dikejarkan ke hospital bagi rawatan selanjutnya dan berada dalam keadaan stabil.
Hampir setengah juta pelajar sekolah menengah di ratusan tempat di seluruh Jepun sedang mengambil peperiksaan kemasukan universiti pada hujung minggu ini.
Jabatan Polis Metropolitan Tokyo bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai butiran serangan mahupun mengesahkan sebarang penahanan. Pasukan polis masih menyiasat punca kejadian.
kawasan dewan terpaksa dikawal ketat pasukan keselamatan dan peperiksaan terpaksa ditangguhkan buat sementara. - KitaReporters