Seni & Sukan 09 Jul, 2020

Mas Khan mengaku bersalah! Curi wang kripto! A Aida maafkan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
PELAKON drama dan filem Mas Khan, 26, didenda RM17,000 atau penjara 26 bulan jika gagal membayar denda atas kesalahan mencuri dompet (wallet) mata wang kripto Bitcoin bernilai RM213,805 milik penerbit filem Datuk A. Aida. Dalam pada itu, A Aida tidak menaruh dendam terhadap pelakon berkenaan. : KitaReporters

A Aida maafkan Mas Khan dan harap hukuman jadi pengajaran.

Menurut  laporan Bernama, Majistret Farah Nasihah Annuar menjatuhkan hukuman terhadap Mas Khan selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan kes kali ketiga.

Pelakon ini didenda RM7,000 atau penjara 12 bulan bagi pertuduhan pertama, dan denda RM10,000 atau penjara 14 bulan untuk kesalahan kedua.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan didakwa telah mencuri wallet yang merupakan mata wang kripto Bitcoin milik A. Aida, 49, tanpa izin bernilai RM59,804.15 dan RM154,000.85 di Taman Ukay Perdana, Ampang pada jam 5 pagi 7 Mac  2020 lalu. 

Dia kemudiannya telah didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mas Khan dalam pelbagai gaya dalam beberapa majalah.

Media pada Mac 2020 melaporkan A. Aida bertegas tidak akan beurusan dengan Mas Khan dalam bidang lakonan selepas aktor ini menjadi suspek atas kehilangan wang pelaburannya Bitcoin miliknya. 

Menurut A. Aida atau nama lengkapnya Zaidah Awang, dia tidak pandai dalam urusan perniagaan bitcoin dan  menyerahkan kepada Mas Khan yang sudah dianggap adiknya untuk menguruskannya. 

Namun Mas Khan telah menyalahgunakan wangnya lalu A. Aida membuat laporan polis.

Malah menurut A Aida, meskipun aktor tersebut turut berlakon dalam filem Ratu Kala Jengking terbitannya, dia sama sekali tidak akan membenarkan pelakon ini  terlibat dengan sebarang promosi filem.

Sementara itu A. Aida dalam kenyataan medianya pada Rabu 8 Julai 2020, berkata, dia tidak mempunyai dendam terhadap Mas Khan.

Dia juga berharap hukuman itu menjadi pengajaran kepadanya  kerana pelakon ini mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang lakonan.

Mas Khan mempunyai masa depan cerah sebagai pelakon. Kredit foto: @IG maskhan_


Mas Khan mula terlibat berlakon dalam drama ‘Roda-roda Kotaraya’ dan bintangnya mula menyinar apabila menjadi salah satu pelakon tetap drama kepolisian ‘Gerak Khas’ dengan memegang watak detektif Kamal hingga meninggalkan siri itu pada 2018.

Pelakon kacukan Melayu, Pakistan dan Cina ini telah membintanginya 6 filem bermula dari ‘Biasan’ (2015), Abang Long Fadil 2 (2017), Busker (2018)  ‘Misteri Delaila’ (2019)  dan terakhir ‘Ratu Kala Jengking – Puteri Keranda’ (2020). - KitaReporters

0
1
0
1
3
You will be interested