Seni & Sukan 31 Aug, 2021

Video| Kita Hidup Untuk Memberi! Gabungan artis Malaysia-British! Ajak rakyat We Live To Give!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Dari kiri: Athalia, Diana Danielle, Shalma Eliana, Asyraf Nasir dan Simon Webbe.

The Giving Bank, sebuah organisasi ditubuhkan lima tahun lalu yang menawarkan bantuan kemanusiaan, menjalin kerjasama dengan syarikat rakaman Universal Music Malaysia melancarkan lagu berjudul ‘We Live To Give’ atau ‘Kita Hidup Untuk Memberi’.

Lagu tersebut bertujuan memberi harapan dan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia yang sedang mengharungi kesukaran agar sentiasa bantu membantu golongan kurang berkemampuan tidak kira golongan, kaum dan agama.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan



Penceritaan lagu tersebut membawa pesanan tulus yang mampu mendorong pendengar agar memupuk perasaan kasih sayang dan belas ihsan melalui amalan baik.

"We Live To Give" menampilkan artis tempatan seperti penyanyi baharu Athalia Deena, Asyraf Nasir dan Shalma Eliana,  pelakon Diana Danielle serta penampilan superstar global kelahiran British, Simon Webbe.



Athalia, Shalma dan Asyraf Nasir percaya bahawa lagu nyanyian mereka itu sarat dengan rasa cinta, hormat, harapan dan masa yang diterjemahkan kepada kecenderungan usaha mereka kepada golongan muda agar menyebarkan mesej penting ‘We Live To Give’.

"Memberi melangkau nilai wang diberi, ia juga diberi melalui mesej positif yang mengingatkan kita bagaimana membantu orang lain menaikkan semangat mereka dan meringankan beban mereka", kata Simon Webbe (gambar bawah, dua dari kanan)  bekas anggota kumpulan Blue yang popular dengan lagu ‘All Rise’.


Foto kredit: Instagram @simonwebbe1.

Dan bagi pelakon dan penyanyi Diana Danielle katanya, “Saya percaya pada kekuatan bersatu hati kerana kita dapat mempengaruhi lebih banyak kehidupan dan perubahan untuk masa depan yang lebih baik secara kolektif.”

Dengan The Giving Bank menjadi salah satu saluran terpercaya Universal Music Malaysia, objektif projek ini tidak lain untuk mewujudkan mesej mengenai pentingnya memberi keselesaan dan sokongan untuk memperkuat daya ketahanan masyarakat.


Foto kredit: Instagram @dr.jansonang.


"Sudah lama menjadi impian The Giving Bank untuk memiliki lagu yang sesuai bagi menggambarkan misi dan visi kami dalam membina hari esok yang lebih baik. Saya sudah dapat membayangkan ia dinyanyikan di seluruh dunia," kata Dr Janson Ang Pengasas & Presiden The Giving Bank.

Dalam usaha  memperluas mesej ‘Kita Hidup Untuk Memberi', dengan sokongan dari Astro Radio, dua stesen radio Inggeris tempatan, Hitz FM dan Mix FM akan mengetengahkan 'We Live To Give' sebagai lagu rasmi kepada kempen amal seterusnya di kedua-dua stesen tersebut. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested