Seni & Sukan 21 Nov, 2020

ABK20 online? Batalkan sajalah! Hanya 'one team show' je!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this

SUDAH tidak relevan dan bukan lagi sebagai kayu pengukur sebenar prestasi pemain dan pegawai pasukan Liga Malaysia 2020! Sebuah majlis penghargaan tahunan, Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) bagaikan kurang bererti lagi di tengah-tengah pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekarang. Batalkan sahaja, lebih wajar! : KitaReporters


Lagi kisah-kisah berkaitan bola sepak:

https://kitareporters.com/search?search=bola+sepak 


“Malah tempoh pertandingan musim ini yang terlalu singkat, bagaimana penganjurnya dapat menggambarkan keupayaan sebenar pemain, pegawai dan pasukan musim ini menerusi ABK20? 

“Kemudian baru sampai suku akhir Piala Malaysia pula dibatalkan (12 November 2020 lalu). Sebelum itu Piala FA juga senasib (dibatalkan ketika memasuki pusingan kedua, Jun 2020 lalu). 

“Hendak menilai aksi mereka ketika Covid-19 dan PKPB yang menunda saingan sehingga lima bulan (16 Mac hingga 28 Ogos 2020 lalu)? 

“Kita hendakkan anugerah itu ada prestij dan kualitinya, bukan asal boleh atau ala kadar semata-mata sebab hendak teruskan satu tradisi acara tahunan,” kata pengulas sukan TV Fox Sports Channel, Dr. Pekan Ramli. 


KEDAH, naib juara Liga Super 2020 pun masih sukar menandingi keunggulan JDT apatah lagi terkandas awal dalam play-off Liga Juara Asia musim ini. - Kredit foto AFC


PEKAN RAMLI


ABK 2020 kata Datuk Ab. Ghani Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selaku penganjurnya, tetap akan dilangsungkan biarpun hanya secara dalam talian yang dijangka pada Disember 2020 ini.   

Dalam edisi ke-15 ini, tiada kehadiran bersemuka yang dihasratkan oleh MFL walaupun buat para pemain dan pegawai pasukan yang sejajar arahan PKPB oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelak penularan Covid-19.    

Juga disebabkan final Piala Malaysia edisi ke-54 yang asalnya dijadualkan 22 November 2020 ini telah terbatal, tarikh ABK tertunda agak lewat berbanding tradisi tahun-tahun terdahulu. 


AB. GHANI HASSAN


Pekan yang juga bekas penyerang pasukan Liga Semi-Pro Kuala Lumpur 1991, melahirkan keraguan terhadap ABK20 dalam menganugerahkan pemenang Kasut Emas kepada penjaring terbanyak Liga Super dan Perdana 2020, Ifedayo Olusegun dan Casagrande.  

“Bagaimana hendak padankan anugerah berprestij itu dengan masa bermain individu dan pasukan sepanjang musim yang sangat pendek, tidak cukup kepuasan bermain. 

“Jaringan mereka sangat sedikit (12 dan sembilan gol sahaja buat Selangor dan Pulau Pinang). Aksi mereka pula tanpa penonton dan tekanan penyokong sendiri sekeliling di stadium (sejak 16 Mac 2020 lalu akibat PKPB).


PIALA Malaysia yang tidak pernah gagal dipertandingkan sejak menggantikan Piala HMS Malaya pada 1967, terpaksa dibatalkan ketika baru memasuki peringkat suku akhir 12 November 2020 lalu. - Kredit foto MFL.


“Ibaratnya kita tidak dapat melahirkan ‘wira sejati’ bola sepak Liga Malaysia. Jadi sewajarnya dibatalkan sahaja ABK20 ini. Ada atau tiada pun, serupa sahaja. Tiada cacat celanya jika tidak langsungkan pun,” tegas bekas Setiausaha Persatuan Penulis Sukan Malaysia ini. 

Saingan Liga Super dan Perdana 2020 juga terpaksa dijalankan secara separuh tanpa timbal balik iaitu 11 perlawanan sahaja kerana kesuntukan masa manakala tiada penurunan buat dua pasukan corot Liga Perdana apabila divisyen di bawahnya, Liga M3 turut dibatalkan MFL. 

Antara kategori tetap yang dijangka diteruskan ABK20 ialah Pemain Paling Bernilai, Pemain Muda Harapan, Jurulatih Terbaik, Penyerang Terbaik, Perantara Terbaik, Benteng Terbaik, Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Import Terbaik. 


ZAINAL ABIDIN RAWOP


Sementara itu, kata pengulas sukan berpengalaman saluran Astro Arena, Zainal Abidin Rawop pula: “Kalau Piala Malaysia pun boleh ditiadakan akibat pandemik maut itu, apalah salahnya ABK20 pun ditiadakan? 

“Hakikatnya pun, Liga M 2020 tampak sudah tiada ‘pertandingan’ lagi. Hanya ‘One Team Show’! (penguasaan satu pasukan sahaja). 

“Pemburuan kejuaraan sudah tidak wujud. Yang hanya tinggal ialah perebutan naib juara dan tempat seterusnya,” jelasnya. 

Bekas pemain Piala Emas Raja-raja dan Piala Presiden Wilayah Persekutuan ini merujuk kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menjuarai Liga Super kali ketujuh berturut-turut sejak 2014 dengan rekod tanpa kalah dalam 11 perlawanan musim ini. 

Skuad Benjamin Mora dari Mexico itu juga mempertahankan Piala Sumbangsih dengan menewaskan Kedah 1-0 pada 28 Februari 2020 lalu selain memastikan slot wakil Malaysia ke Liga Juara Asia 2021. 

Ini juga kemaraan keempat berturut-turut Sang Harimau Selatan ke liga divisyen tertinggi kelab-kelab anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia itu sejak 2018 biarpun terpaksa menarik diri daripada baki saingan Kumpulan G musim ini kerana PKPB dan arahan MKN.  


KEUNGGULAN JDT terbukti dengan koleksi kejuaraan Liga M dan Piala AFC 2015. - Kredit foto: FB JDT

1
0
0
0
0
You will be interested