Seni & Sukan 06 Dec, 2020

Video| Look The Other Way! Lagu-lagu protes Trophy Knives!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this

LEBIH  setahun sejak keluaran album penuh mereka yang pertama berjudul “Glass Ceiling”, Trophy Knives kini kembali dengan pengumuman tentang album mereka yang kedua, “Look The Other Way”.   “Look The Other Way” dijangka akan mula dipasarkan pada 19 Mac 2021 dan bakal menampilkan 10 lagu baru termasuk “We’ve Had Enough”, “Look The Other Way”, dan “High Horses”.  : KitaReporters 



Lagi cerita-cerita berkaitan album lagu:

https://kitareporters.com/search?search=album


Dengan pembatalan pelbagai persembahan secara ‘live’, konsert dan festival akibat pandemic Covid-19, Trophy Knives menggunakan penuh masa yang ada semasa tempoh larangan dan sekatan pergerakan dengan menulis lagu-lagu baru untuk dimuatkan di dalam rekod terbaru mereka ini. 




“Proses penulisan dan rakaman lagu-lagu terbaharu kami ini agak berbeza dari kebiasaan kerana kami lebih banyak bereksperimen di rumah daripada di studio. Namun kelahiran album ini kami lihat sebagai sangat perlu. 

"Dengan pelbagai peristiwa yang berlaku di pentas global antaranya tragedi kematian George Floyd akibat keganasan pihak polis di Amerika, dan sokongan terhadap movement Black Lives Matter yang semakin memuncak, kami terkesan dengan pelbagai komentar tidak sensitif daripada masyarakan umum sama ada pada peringkat dunia mahupun tempatan. 

"Kami tidak faham mengapa ada yang sanggup memperkecilkan perjuangan pergerakan ini sedangkan mereka tidak langsung punyai pengalaman ditindas sebagai minoriti. Jika kami kedengaran agak marah di dalam rekod ini, ianya adalah kerana kami sememangnya begitu berang dengan keadaan dunia. Kami mengakui, lagu-lagu ini adalah lagu-lagu protes”, kata Vinesh Muniandy, vokalis kumpulan Trophy Knives dalam satu kenyataan media pada 6 November 2020.



“Ini bukan hanya terjadi di Amerika tetapi di seluruh dunia termasuk negara kita. Kita perlu lebih sensitif dengan pandangan dan keperluan orang lain. Sebagai sebuah band yang peka tentang isu-isu ini, kami meluahkan segalanya di dalam album ini.

"Bagi pihak Trophy Knives, saya harap para peminat muzik di luar sana dapat menerimanya dengan hati yang terbuka,” tambahnya lagi. 

Trophy Knives telahpun melancarkan dahulu 5 lagu daripada album “Look The Other Way” sebagai previu kepada album penuh yang akan muncul pada pada 19 Mac 2021. 

Kesemua 5 lagu boleh distrim dalam platform streaming utama bermula 6 November 2020. 

Trophy Knives juga telah mengeluarkan filem pendek 6 minit bertajuk ”Look The Other Way” dalam YouTube yang telah diarahkan oleh Nadeem Salam, dan diedit oleh Samuel Shapiro di Los Angeles. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested