Seni & Sukan 18 Dec, 2021

Video| Aneh! Keranda diusung berlari! Terasa ringan, ada benda menarik! Si mati seorang warak!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Peristiwa aneh ini mengejutkan orang ramai yang menyaksikan. - Kredit foto: Tribunnews

Netizen di Indonesia dgemparkan dengan  video kejadian aneh yang disebar dalam sejumlah laman sosial. Jika anda sendiri berada di tempat kejadian pasti akan ‘berdiri bulu roma’ melihat perkara aneh itu.

Sekumpulan lelaki seramai lapan orang mengusung keranda jenazah sambil berlari kerana keranda itu ringan dan melayang seperti dibawa angin. Seperti ada kuasa yang menarik dan menolak keranda itu.

Kejadian ini berlaku di Desa Kluwat, Kecamatan Wonorejo, Kabupaten Pasuruan, Jawa Timur pada Sabtu, 11 Dismber 2021.

Peristiwa ini disaksikan oleh puluhan warga yang menziarah serta ingin menghantar jenazah ke tempat pengkebumian dan berada di jalan membuat mereka panik apabila melihat cepatnya rombongan pembawa yang berlari mengusung keranda itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kejadian aneh

Keranda dibawa berlari kerana terasa ada kuasa yang menarik. - Kredit foto: Tribunews 

Peristiwa dirakam dalam video dan dimuat naik dalam TikTok akaun @samsulhidayat6398 dan tular apabila dirakam ulang dan dimuat dalam sejumlah sosial media.

Jenazah yang dibawa itu ialah Sachroni, 58, bapa tiga anak, yang berbadan gempal, tinggi panjang dan merupakan Ketua Kampung, Desa Kluwut, Wonorejo, Kabupaten Pasuruan, Jawa Timur.

Dia meninggal dunia pada Sabtu, 11 Disember 2021. Ketika hidup Sachroni dikenali sebagai seorang yang warak, istiqomah dan rajin solat berjemaah di masjid. Dia juga rajin melakukan kerja amal dan disenangi penduduk kampung.



"Saya saksinya, jenazah sewaktu dibawa terasa ringan, bahkan ringannya seperti terbawa angin. Saya sudah tanya yang memikul, almarhum bapak terasa ringan sekali pada hal orangnya gemuk, " tulis @jendeuky23.

Setelah disembahyang di masjid, keranda jenazah dibawa sekumpulan lelaki menuju ke tanah perkuburan yang jauhnya beberapa ratus meter dari masjid.

Menurut salah seorang pembawa dikenali sebagai Agus, mereka merasakan ada kuasa ‘menarik’ dan ‘menolak’ menyebabkan para pengusung terpaksa bergerak cepat seperti berlari untuk mengelak keranda daripada terjatuh.

Tambah Agus, ketika jenazah dimasukkan ke liang lahad, keadaan ajaib berlaku apabila jenazahnya terasa ringan ketika dikebumikan. - KitaReporters

10
10
0
14
1
You will be interested